


Cakna wang
Cakna Wang adalah laman sesawang yang diasaskan oleh saudara Ishak Ismail, juga dikenali sebagai Sohoque.
Beliau ialah seorang Perunding Perancangan Kewangan Patuh Syariah dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri kewangan dan perbankan.
Beliau memberi tumpuan kepada penyelesaian praktikal dalam perancangan harta, hibah, perlindungan takaful dan pelaburan unit trust, khususnya bagi membantu individu dan keluarga Islam merancang kewangan secara tersusun, jelas dan patuh Syariah.
Beliau memiliki kelayakan Certification in Islamic Financial Planning (CIFP) dan merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang jawatan pengurusan sebagai Unit Trust Consultant di Public Mutual dan Unit Manager di Takaful Malaysia.
Pendekatan beliau berteraskan amanah, pendidikan dan keperluan sebenar klien, bukan sekadar menjual produk.
Melalui caknawang.com, beliau berkongsi panduan dan kefahaman kewangan bagi membantu masyarakat membuat keputusan kewangan yang lebih bijak, tenang dan berkat.
Hear from those we’ve helped achieve financial peace.

En Ishak (Cakna Wang Consultancy) provided me with the clarity and direction I needed to manage my finances effectively.







