Wah.. Ini adalah pertama kali admin tulsi berkenaan dengan cerita macam ni. Bukan apa, nak tulis cerita macam ni bukan boleh tulis semberono. Nak kena ada fakta dan jalur masa yang sebenar untuk ditulis. Kalau tak, tak jadi. Jadi cerita rekaan nanti. Haha
Ini pun admin tulis berdasarkan penulisan iSaham (kredit kepada twitter iSaham). Kalau tak tak der nya admin larat nak tulis.
Tahun 2020, Serba Dinamik was at its peak. Revenue berbilion, pelabur besar macam KWSP & KWAP pun masuk. Tapi tak lama lepas tu, semuanya mula runtuh. This is the story of the rise and fall of Serba Dinamik.

Segalanya bermula pada tahun 1993.NSeorang jurutera mekanikal bernama Mohd Abdul Karim Abdullah menubuhkan Serba Dinamik. Waktu tu sebagai syarikat penyelenggaraan (MRO) dalam sektor minyak & gas. Visinya besar: Bina syarikat global dari bawah.

Dengan rakan karibnya Abdul Kadier Sahib, mereka mula berkembang. Bermula kecil-kecilan, Serba Dinamik kemudian masuk ke bidang EPCC, ICT, pendidikan, hingga ke luar negara. Timur Tengah, Asia Tengah, Eropah, Afrika—mereka berkembang pesat.

2017: Syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia. Dari sini, semuanya laju. Dengan modal dari pelabur, mereka berjaya ikat kontrak besar, antaranya:
- RM313 juta dengan Petronas Carigali.
 - USD250 juta projek di Uzbekistan.
 
KWSP & KWAP pun notice. By 2021, diorang pegang lebih 15% saham Serba Dinamik. Tokoh korporat macam Datuk Mohamed Nor Abu Bakar (ex-Petronas exec) pun join board. Ini semua bagi extra credibility dari segi governance. Nampak macam all good.
By 2020, lebih 80% pendapatan datang dari kontrak O&M, terutamanya kat Timur Tengah. Walaupun dunia tengah struggle dengan COVID-19, Serba Dinamik nampak steady.
Harga saham melonjak sampai RM2.50 (adjusted bonus issue. Market cap around RM6 bilion.. Revenue melebihi RM4 bilion. Keuntungan bersih RM429.59 juta.

Datuk Karim, dengan pegangan lebih 26%, dilihat sebagai a visionary leader yang berjaya bina empayar global dari bawah. Fun fact: Beliau juga pernah tersenarai sebagai orang ke-36 paling kaya di Malaysia pada tahun 2020 dengan net worth lebih RM1.7 bilion.
Mei 2021, badai mula melanda.
Auditor KPMG bawa 11 isu serius:
- Transaksi meragukan
 - Hutang RM2.32B tak dapat disahkan
 - Stok RM569 juta dipertikai
 
Ini bukan isu kecil. Terkejut market.
Serba Dinamik punya response? Agak… controversial. Diorang cuba singkirkan KPMG dan lantik auditor baru. Siap umumkan independent review. Tapi, tindakan ni tak redakan keadaan, malah buat orang lagi suspicious.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) pun start siasat lebih mendalam. Tak lama lepas tu, KWSP & KWAP bertindak jual pegangan. Market confidence terus HANCUR. Dari hero jadi… well, something else.

Oktober 2021, saham Serba Dinamik digantung. Syarikat diletak bawah status PN17 – a formal label yang maksudnya company tu in deep financial trouble. Things got very, very serious.
CEO Datuk Karim, bersama eksekutif kanan lain macam Datuk Syed Nazim Syed Faisal (ED), Azhan Azmi (CFO), & Muhammad Hafiz Othman (VP Finance) didakwa di mahkamah.
Tuduhan: mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia.

Projek-projek banyak kena batal, operasi kena scale down. Projek yang dulu berbilion, jatuh merudum ke hanya RM28 juta dalam tempoh enam bulan terakhir 2023. Kerugian bersih pulak cecah RM336 juta.
Akhirnya, selepas gagal serahkan pelan pemulihan yang meyakinkan, Serba Dinamik secara rasmi delisted daripada Bursa Malaysia pada 5 Jun 2024. Pemegang saham tinggal dengan saham yang tak boleh diniagakan secara umum.
Pengajaran
So, apa kita boleh belajar dari kisah Serba Dinamik ni?
It’s not just about a company’s fall. Ia adalah satu wake-up call
✅ Risiko dalam saham itu luas. Merangkumi internal dan external syarikat.
✅ Tanpa transparency, integrity, & good governance – apa jua yang dibina boleh runtuh sekelip mata.
Peranan juruaudit, regulators, dan lembaga pengarah tu BUKAN sekadar formaliti. Diorang ni macam benteng terakhir yang memastikan kepercayaan pelabur terpelihara. Their role is super crucial.
Fast forward, walaupun dah delisted, Serba Dinamik masih beroperasi. Namun, sahamnya tak lagi didagangkan kepada umum. Isu ni menjadi sejarah dalam pasaran Malaysia dan sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak.