Yang Mana Satu Sikap Anda?

Setiap orang yang berkerja akan mempunyai pendapatan. Pendapatan inilah yang digunakan untuk berbelanja barangan keperluan harian diri sendiri dan keluarga. Sebahagiannya pula di gunakan untuk membayar pinjaman dan bil-bil bulanan. Sebahagian yang lain digunakan untuk menyimpan, melabur dan lain-lain.

Persoalan sekarang, yang mana didahulukan. Ini persoalan sikap kita. Ada yang utamakan perbelanjaan, ada yang utamakan simpanan.

Ada 2 kategori besar:

Simpanan adalah kunci kepada perancangan kewangan

Yang mana satu sikap anda?

Kategori 1

  • dapat gaji, BELANJA dahulu
  • bayar bil dahulu
  • JIKA ada lebih barulah menyimpan

Kategori 2

  • dapat gaji, SIMPAN dahulu
  • bayar bil
  • belanja

Jika anda berada di dalam kategori 1, membuat perancangan kewangan agak sedikit sukar untuk anda. Ini kerana anda tidak meletakkan perancangan kewangan masa depan sebagai keutamaan.

Berbeza dengan kategori kedua. Jika anda tergolong dalam kategori ini, perancangan kewangan akan menjadi mudah untuk anda. Ini adalah kerana bahagian yang akan digunakan untuk simpanan telah anda sediakan.

Namun masih belum terlambat untuk kategori 1 mengubah sikap demi kebaikan diri sendiri dan keluarga di masa depan.

Jom berhijrah daripada kategori 1 kepada kategori 2. Kerana simpanan amat penting untuk membuat perancangan kewangan. Ia adalah kunci kepada kebebasan kewangan.

Yang mana satu kategori anda? Yang Mana Satu Sikap Anda?

 

11,049 total views, 0 views today

Show Comments

6 Comments

  1. penaberkala 27 August, 2013
    • Ishak Ismail 28 August, 2013
  2. Myra Jay 2 September, 2013
    • Ishak Ismail 2 September, 2013
  3. syukur 22 September, 2014

Leave a Reply