9

Tips Untuk Berjimat Dalam Perbelanjaan Harian

Keadaan ekonomi

Dalam keadaan ekonomi sekarang, dengan nilai ringgit yang menjunam, dengan GST yang bakal dilaksanakan tak lama lagi, langkah terbaik daripada kita adalah mengambil sikap berhati-hati di dalam perbelanjaan.

Sebenarnya langkah ini memang amat perlu tak kira apa keadaan ekonomi. Cuma kebanyakan daripada kita yang terlupa. Apabila keadaan ekonomi yang agak menghimpit begini barulah kita sedar akan peri pentingnya mengambil tahu ke mana duit kita dibelanjakan.

Walau macamana sekalipun keadaan ekonomi kita, asas perancangan kewangan seharusnya tidak dilupakan. Perlindungan takaful, simpanan dan pelaburan perlu diteruskan. Di sinilah istiqamah, disiplin dan fokus untuk mencapai objektif pelan perancangan kewangan yang dirangka memainkan peranan yang penting kepada kita.

Tips untuk berjimat dalam perbelanjaan

Hari ini saya kongsikan salah satu daripada banyak cara ataupun tips untuk kita berjimat – cermat dalam perbelanjaan.

Jika anda “bertugas” menghantar anak ke sekolah, baik sekolah agama ataupun sekolah kebangsaan maupun sekolah menengah, cuba anda singgah di kantin sekolah.

gambar breakfast jimat

tips jimat belanja dengan breakfast di sekolah

Kebanyakan kantin sekolah turut menjual makanan kepada ibubapa selain daripada anak-anak kita yang belajar di sekolah tersebut. Apa yang istimewanya dengan kantin sekolah ini ialah kebanyakan makanan yang dijual adalah murah berbanding dengan restoran di luar sana.

Memang kebanyakannya begitu. Harga yang murah ini menjadi satu tanda aras untuk sekolah memilih pengusaha kantin yang menghantar tender permohonan untuk menjadi penjual makanan di kantin sekolah.

Contohnya di sekolah anak saya. Saya biasanya akan singgah untuk bersarapan di situ jika tiada breakfast appointment dengan klien. Makanan berserta air memang tidak lebih daripada RM5.00.

Saya biasanya akan mengambil nasi lemak atau nasi goreng separuh dicampur dengan meehun. Saya ambil telur goreng atau sambal sotong sebagai lauk. Air minuman pula adalah milo O ataupun Teh O. Harga yang biasa diminta hanya RM4.50. Murah bukan…!?

Kesan daripada berjimat cermat

Apabila beberapa perbelanjaan harian boleh dijimatkan, akan ada ruang duit kita menjadi lebihan. Dan lebihan ini kelak akan boleh dibuat menampung asas perancangan kewangan tadi iaitu takaful, simpanan dan pelaburan yang telah kita rancang bersama perunding kewangan untuk tujuan persaraan, pendidikan, menunaikan haji, melancong dan lain-lain lagi mengikut impian kita.

Selamat mencuba tips berjimat – cermattips berjimat – cermat ini. Makan di kantin sekolah dan di restoran di luar sama sahaja. Makanan lebih kurang sama lazatnya. Perut pun kenyang juga. Cuma harga yang berbeza.

Poket pun berbeza. Jika makan di restoran luar terutama restoran mamak yang mengenakan harga yang agak tinggi, adalah lebih baik jika kita makan di kantin sekolah yang harganya jauh lebih murah. Jadi poket tak adalah kempis.

15,929 total views, 6 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply