Tips Menjaga Pelanggan – Memberi Hadiah

Amalan memberi hadiah adalah salah satu sunnah nabi

Amalan memberi hadiah adalah salah satu sunnah nabi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam apa-apa jua bisnes, pelanggan amatlah penting. Ia seperti nyawa kepada bisnes kita. Tanpa pelanggan bisnes kita tidak akan kemana baik bisnes jual barangan ataupun servis.

Bisnes servis atau pon perkhidmatan seperti bisnes Unit Trust dan Takaful ini juga tidak ketinggalan.

Disamping memberikan servis yang terbaik untuk klien kita, hadiah ataupun pemberian cenderahati amat perlu diamalkan. Ini boleh mengeratkan silaturrahim kita dan klien kita.

Namun niat mestilah ikhlas. Jangan niat kerana kita hendakkan sesuatu daripada dia. Niat untuk eratkan silaturrahim sesama saudara seislam. Insya Allah selain daripada silaturrahim semakin rapat terjalin insya Allah rezeki pon makin bertambah hasil daripada amalan ini.

Sebenarnya memberi hadiah ini adalah salah satu sunnah yang diamalkan oleh nabi kita Muhammad saw. Ini boleh kita lihat dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
Salinglah memberi hadiah antara kalian, niscaya kalian akan saling mencintai.
[H.R. Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani ]

Jadi kepada Unit Trust dan Takaful Consultant, jadikanlah tabiat ini sebagai amalan. Nescaya kita akan disukai oleh pelanggan kita.

90,919 total views, 0 views today

Show Comments

4 Comments

  1. suri 25 March, 2013
    • sohoque 26 March, 2013
  2. Izzat Eshak 25 March, 2013
    • sohoque 26 March, 2013

Leave a Reply