1

Tips Elakkan Polisi Luput (Lapse) Untuk Polisi Premium Tinggi

mencarum dalam takaful adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh kerana ianya adalah komitmen jangka masa panjang

mencarum dalam takaful adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh kerana ianya adalah komitmen jangka masa panjang

Mencarum ke dalam Takaful adalah komitmen jangkamasa panjang oleh pencarum. Mereka hendaklah nampak dengan jelas akan objektif sebenar mereka memilih takaful sebagai instrumen perancangan kewangan mereka. Disiplin diri juga amat penting untuk memastikan objektif tercapai.

Namun kadang-kadang situasi yang tidak terduga mengganggu perancangan kita. Situasi yang tak terduga yang dimaksudkan adalah seperti hilangnya mata pencarian kerana pelbagai faktor seperti diberhentikan daripada pekerjaan, bisnes yang merosot dan sebagainya.

Bila situasi yang disebutkan tadi berlaku, seseorang akan bertindak untuk mengkaji semula komitmen mereka. Antara yang pertama terlintas di fikiran mereka ialah mengecilkan komitmen yang ada. Salah satu komitmen yang biasa menjadi pilihan utama untuk diberhentikan ialah caruman takaful.

Ini akan memberi kesan yang besar kepada klien yang mempunyai caruman yang besar untuk perlindungan yang besar dan comprehensif. Secara tidak langsung juga memberi kesan kepada prestasi consultant.

Cara untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku ialah dengan membahagikan caruman yang besar tersebut kepada dua. Ini bermakna klien mempunyai dua polisi dengan dua caruman. Namun jumlah perlindungan apabila dicampurkan menjadi jumlah perlindungan yang besar seperti yang dirancangkan bersama mengikut keperluan kewangan klien.

Sebaiknya satu polisi memfokuskan kepada jumlah perlindungan yang maksimum. Satu lagi polisi memberi tumpuan kepada nilai simpanan dan pelaburan.

Dengan perancangan pelan perlindungan sebegini ia akan memudakan klien membuat pertimbangan jika mereka ditimpa masalah kehilangan pendapatan secara mendadak.

Sudah pasti jika itu terjadi klien sepatutnya memilih polisi yang lebih tumpuan kepada simpanan dan pelaburan untuk dipotong. Selain daripada mengurangkan jumlah komitmen klien, ianya akan memberi pulangan nilai tunai kepada klien untuk membantu mereka di kala kesempitan itu.

Dalam masa yang sama mereka masih lagi menikmati perlindungan daripada musibah kehidupan. Bil perubatan masih ada yang akan menguruskan.

Inilah cara yang bijak untuk mnjadi pilihan pencarum yang membuat caruman yang besar. Inilah yang aku buat untuk para pelanggan jerung aku.

6,990 total views, 2 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply