7

Tips Bagaimana Memaksimakan Pulangan Pelaburan Unit Trust – Bahagian 1

objektif masa dalam unit trust

Ada beberapa tips yang boleh membuatkan pelaburan unit trust atau pun unit amanah saham anda memberi pulangan seperti yang diharapkan.

Rahsia Unit Trust ini insyaAllah akan saya kongsikan satu persatu di dalam entri yang berlainan.

Tips yang pertama ialah melabur dalam jangkamasa panjang.

Objektif masa ini amat penting. Sebab itu pelanggan hendaklah mengetahui masa pelaburan mereka (time horizon). Berapa lama mereka sanggup melabur di dalam unit trust.

Waktu yang dicadangkan untuk pelaburan unit trust ini adalah 5 tahun atau lebih. Waktu cadangan ini dinyatakan dengan jelas di dalam prospectus. Sila minta konsultan anda menunjukkan prospectus untuk anda baca terlebih dahulu jika ada masa. Jika tidak tanyakan kepada konsultan unit trust anda.

Lain pelaburan lain sifatnya. Pelaburan di pasaran saham (stock market) misalnya adalah pelaburan yang bergantung seratus peratus kepada pergerakan harga saham di pasaran. Ia tiada masa cadangan. Ia mungkin boleh memberi untung yang besar walaupun pelaburan masih baru. Namun perlu diingat, risikonya juga besar.

Lain pula dengan pelaburan di bidang hartanah. Pelaburan di bidang ini akan mengambil lebih lama masa untuk memberi pulangan keuntungan melalui kenaikan harga hartanah. Selain daripada menjual semula hartanah pelabur juga boleh menyewakan asset mereka itu untuk mendapat pendapatan bulanan.

Mengambil masa 5 tahun atau lebih ini adalah sifat pelaburan yang bernama unit trust ini. Ini adalah kerana pada setiap pelaburan unit trust, akan dikenakan caj/fee permulaan. Fee ini adalah untuk perbelanjaan yang berlaku di dalam proses pelaburan. Antara perbelanjaan yang berlaku adalah kos yang terpaksa di bayar kepada pengurus dana, termasuk kos berkaitan dengan pelaburan unit trust yang berlaku di sepanjang proses pelaburan unit trust ini.

Caj-caj ini boleh ditampung oleh kenaikan harga dana ataupun pemberian agihan (dividen) keatas dana yang dilaburkan.

Pelaburan unit trust ini seperti menanam tumbuhan. Kita bermula dengan menyemai biji benih. Kemudian kita siram, kita letakkan baja, Sehinggalah pada suatu hari pokoknya sudah besar dan mengeluarkan buah.

Begitulah andaian melabur di unit trust ini. Sabar dan istiqamah. Lama kelamaan unit akan terkumpul dan bertambah.

Dengan bertambahnya unit kita saban tahun (jika pelaburan sekaligus – lump sum) dan saban bulan (pelaburan berkala) nilai pelaburan kita akan menjadi semakin besar dalam waktu 5 tahun tersebut.

Jadi fahamilah sifat-sifat pelaburan Unit Trust. Berikannya masa untuk pengumpulan unit dan seterusnya memberi kita keuntungan yang kita harapkan.

 

23,060 total views, 1 views today

Show Comments

9 Comments

  1. Denaihati 28 March, 2013
  2. jal 30 March, 2013
    • Ishak Ismail 3 April, 2013
  3. hafizrahim 24 July, 2013
    • Ishak Ismail 24 July, 2013
  4. Noriza Rahman 12 June, 2015
  5. juliadiets.com 19 March, 2016

Leave a Reply