Tidak Semestinya Apa Yang Kita Semai Kita Yang Tuai Hasilnya

benih yang disemai

Tidak Semestinya Apa Yang Kita Semai Kita Yang Tuai Hasilnya

Proses membuat jualan umpama menyemai benih. Benih ini ada yang cepat tumbuh dan membesar. Ada yang yang lambat proses tumbesarannya.

Proses ini sama juga dengan proses dalam membuat jualan. Setiap hari consultant berjumpa dengan prospek untuk memberi pendedahan dan membuat perancangan kewangan untuk mereka. Kadang-kadang ada yang bertangguh dengan pelbagai sebab. Ada yang perlu berbincang dengan family, ada yang bajet belum mencukupi dan macam-macam lagi.

Prospek sebegini perlu di buat follow up untuk kekal dengan perancangan kita yang telah dirancang bersama. Kadang-kadang prospek ini tidak meneruskan untuk menggunakan khidmat kita. Ada yang telah beralih arah dengan memutuskan untuk menggunakan khidmat consultant ataupun agensi lain.

Ini yang saya maksudkan dengan kata-kata:

Tidak semestinya apa yang kita semai kita yang tuai hasilnya

Jadi jika tiba situasi sebegini apa yang consultant dapat? Hanyalah penat dan lelah?

Tidak… Tuhan maha adil. Kita masih mendapat habuan kita. Jika tidak balasan amal baik kita di dunia, kita akan mendapat habuan di akhirat. Ilmu perancangan kewangan yang kita kongsikan dengan prospek secara ikhlas insyaAllah akan memberikan hasil dalam bentuk pahala walaupun jasad kita sudah dimamah bumi.

Kadang-kadang kita tidak sedar walaupun kita hanya memberi perkongsian sedikit sahaja tentang perancangan kewangan tetapi prospek terus sahaja bersetuju untuk menyertai pelan perancangan kewangan kita. Apa yang berlaku sebenarnya prospek tersebut mungkin telah mendengar perkongsian yang dibuat oleh consultant lain tetapi bertangguh dalam membuat keputusan. Tetapi dia telah membuat keputusan sewaktu kita memberi penerangan kerana sudah mendapat maklumat dengan consultant terdahulu. Situasi ini seperti kita menuai benih yang disemai oleh orang lain.

Jadi, apa-apa pun, kita kena redha. Memberi penerangan dan perkongsian adalah usaha kita. Namun keputusan untuk menyertai dengan kita atau tidak semuanya kuasa Allah.

Tidak semestinya apa yang kita semai kita yang tuai hasilnya… Bersabarlah dan redhalah.

5,008 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply