Caknawang terdiri daripada 2 perkataan. Cakna bermaksud ambil tahu, ambil berat, ataupun prihatin. Manakala wang pula adalah duit.

Caknawang cuba berkongsi info ataupun maklumat dan tips tentang cara terbaik menyimpan wang. Dalam konteks yang lebih luas, caknawang cuba berkongsi tentang perancangan kewangan secara keseluruhan.

Perancangan kewangan yang dimaksudkan adalah perancangan kewangan berteraskan syariah. Tiada elemen gharar (ketidaktentuan), maisir (judi) dan riba’ (interest) dalam transaksi yang melibatkan wang.

Perancangan Kewangan (financial planning) ini dapat direalisasikan dengan alat ataupun intsrumen perancangan kewangan seperti Takaful, Unit Trust dan Wasiat.

Caknawang juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri yang amat menarik ini. Segala ilmu yang perlu ada untuk anda berjaya telah pun dirangka di dalam modul khas untuk anda. Hanya ikut sahaja formula kejayaan tersebut untuk berjaya.

Semoga kita sama-sama mendapat menfaat daripada perkongsian ini.

5,090 total views, 1 views today