Takaful Untuk Dana Pendidikan Anak

child education planningAssalamualaikum dan selamat sejahtera

Kenapa setiap orang mesti ada Takaful? Selain daripada ianya sebagai perlindungan penyelesaian hutang, takaful juga bertindak sebagai dana pendidikan anak-anak.

Untuk tujuan ini amaun simpanan akan di lebihkan ke dalam mygen saver, iaitu salah satu rider yang disertakan di dalam pelan Mygenlife Takaful Malaysia. Amaun simpanan ini akan terus dimasukkan ke dalam tabung simpanan untuk pendidikan anak tanpa dicajkan yuran wakalah. Ini secara otomatik akan membanyakkan tabung pendidikan anak apabila mereka ingin memasuki institusi pengajian tinggi nanti. Lebih lama masa simpanan lebih tinggi nilai simpanan. Sebab itulah pentingnya memulakan tabung ini di awal usia anak.

Banyak intrumen pelaburan yang membolehkan kita menyimpan untuk tujuan dana pendidikan anak. Antaranya simpanan di bank – akaun biasa dan Fixed Deposit, Unit Trust (unit amanah) dan di Takaful. Semuanya ada kelebihan masing-masing.

Namun bagi saya, kelebihan yang ada pada simpanan di Takaful ini amnya dan di Takaful Malaysia khasnya adalah agak unik berbanding instrumen yang lain.

perbandingan instrumen kewangan

Secara umumnya, perkara asas yang cuba ditekankan di dalam gambar di atas ialah simpanan di takaful adalah lebih terjamin untuk kita tidak mengeluarkan simpanan. Ini kerana kebiasaannya penyumbang jarang mengeluarkan wang daripada simpanan di takaful. Dalam ertikata lain, ia “memaksa dalam rela” penyumbang mendisiplinkan diri untuk kekal menyimpan demi pendidikan anak.

Simpanan di Unit Trust juga amat bagus untuk jangka masa yang panjang tetapi pelabur mestilah sangat berdisiplin untuk tidak mengeluarkan pelaburan tunainya itu sebelum tiba waktunya iaitu pada masa anak hendak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Manakala simpanan tunai di bank pula agak perlahan peningkatan nilainya berikutan kadar keuntungan yang amat sedikit. Walaupun ianya amat selamat daripada kerugian, saya tidak mencadangkan simpanan ini dibuat sebagai dana pendidikan berikutan kadar keuntungannya yang lebih rendah daripada kadar inflasi.

Selain daripada nilai tunai untuk dana pendidikan, takaful juga menyediakan manfaat lain seperti pampasan kematian dan ilat kekal, perlindungan kematian dan ilat kekal ekoran daripada kemalangan, sakit kritikal, kad perubatan, elaun hospital dan lain-lain lagi.

Menyimpan di takaful di samping mendapat habuan keuntungan di dunia insyaAllah akan mendapat habuan di akhirat apabila sebahagian sumbangan kita tadi akan juga digunakan untuk peserta lain yang ditimpa musibah seperti yang tertera di dalam kontrak takaful. Konsepnya adalah amat mirip kepada konsep khairat kematian yang diamalkan di masjid-masjid.

Untuk penerangan lanjut, pembaca boleh menghubungi saya:

  • Ishak Ismail
  • Takaful Consultant (unit manager)
  • 013-9997755
  • ishakismail@mytakafulpartners.com.my / sohoque@gmail.com
  • www.facebook.com/sohoque

12,148 total views, 2 views today

Leave a Reply