4

Takaful Sebagai Penyelesai Hutang

Image

Usah peningkan kepala anda memikirkan hutang yang akan ditinggalkan bila anda sudah tiada… Serahkan kepada Takaful untuk menyelesaikannya.

Takaful ialah kontrak saling berkerjasama di antara penyumbang-penyumbang takaful untuk menolong ahli penyumbang yang lain jika berlaku musibah seperti yang tercatat dalam kontrak. Dalil harusnya amalan ini ialah firman Allah bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah, ayat 2).

Siapakah yang memerlukan perlindungan takaful ini?

Golongan yang pertama yang memerlukan perlindungan takaful ini ialah orang yang banyak hutang tetapi tidak banyak harta.

Seperti yang kita ketahui, hutang adalah perkara yang wajib dilunaskan ataupun dibayar. Bila kita meninggal dunia, perkara pertama yang wajib waris pastikan ialah dengan siapakah si mati berhutang? Berapa banyak jumlah hutang si mati?

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : “Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.”

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai’ dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Selepas perkara hutang diselesaikan dengan menggunakan harta peninggalan si mati, baru lah harta-harta tersebut dibahagikan mengikut wasiat si mati ataupun mengikut faraidh. Itu jika ADA harta yang lebih.. Apa kata jika TIADA harta yang lebih? Ataupun yang lebih parah lagi jika harta peninggalan TIDAK MENCUKUPI untuk membayar hutang?

Jika yang terakhir itu berlaku, apakah nasib anak isteri dan tanggungan lain yang ditinggalkan? Lebih parah lagi jika isteri dan anak-anak tidak berkerja. Di manakah mereka nak mencari sesuap nasi untuk perut mereka? Di manakah anak-anak nak mencari duit untuk mereka belajar. Di manakah janji kita semasa anak-anak masih kecil, untuk menghantar mereka ke pusat pengajian tinggi?

Tuan puan, jika tiada perancangan perlindungan memang seribu satu masalah yang akan timbul jika kita meninggal dunia.

Apakah cara untuk kita buat JIKA kita telah mempunyai HUTANG?

Salah satu caranya ialah dengan menyumbang sedikit (amat sedikit) daripada pendapatan kita kepada tabung takaful. Sumbangan ini jika kita tidak terkena musibah mungkin akan dikembalikan sebahagian kepada kita bergantung kepada pelan yang kita sertai. Sumbangan yang terkumpul ini akan diniagakan dengan mencarum di dalam intrumen pelaburan yang kurang risiko kerugian. Keuntungan yang di tuai akan dibahagikan dengan pihak syarikat sebagai pengendali perniagaan dengan nisbah 90 – 10 (di Takaful Malaysia). 90% daripada keuntungan dimasukkan semula ke dalam tabung peserta. Hanya 10% sahaja daripada keuntungan diambil oleh pihak takaful sebagai upah.

Simpanan kita dalam bentuk sumbangan tadi berserta keuntungannya itu boleh dikeluarkan untuk tujuan perancangan kewangan kita seperti tabung pendidikan anak, dana persaraan, dana untuk menunaikan haji dan umrah dan lain-lain lagi. Semakin lama kita menyumbang semakin besar dana yang terkumpul.

Bagaimana untuk menyertai pelan takaful? Apakah keistimewaan lain pelan takaful? Saya sedia berkongsi dengan anda secara percuma dan tiada paksaan untuk menyertai. Nasihat yang akan diberikan insyaAllah yang terbaik di atas kapasiti saya sebagai Takaful Konsultan yang telah menceburi bidang ini selama 8 tahun.

Hubungi saya:

  • Ishak Ismail,
  • Takaful Consultant (Unit Manager), Takaful Malaysia Berhad
  • 013-9997755,
  • ishakismail@mytakafulpartners.com.my / sohoque@gmail.com

5,699 total views, 0 views today

Show Comments

No Responses Yet

  1. Pingback: Komisen Pertama Daripada My-Qalam 30 May, 2013

Leave a Reply