1

Takaful Malaysia Menjangkakan Pendapatan Akan Lebih Meningkat Di Indonesia

Kerajaan Indonesia telah mengumumkan dasar baru dalam industri insurans di negara itu. Dasar yang akan dilaksanakan di dalam tahun 2015 ini mewajibkan syarikat-syarikat insurans di negara Garuda itu mengasingkan segmen konvensional dan takaful.

Langkah ini dilihat akan menguntungkan Takaful Malaysia (STM) yang beroperasi di negara itu menerusi anak syarikatnya iaitu PT Syarikat Takaful Indonesia dengan menguasai 56% kepentingan dalam syarikat tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan TM, Dato Mohamed Hassan Kamil, jika dasar itu di laksanakan sumbangan daripada operasi luar Malaysia akan mampu menyumbangkan peningkatan sebanyak 20% berbanding kurang 10% pada masa sekarang.

Dato Mohamed Hassan Kamil, Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia

Dato Mohamed Hassan Kamil, Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia

“Walaubagaimanapun semuanya akan bergantung kepada sejauh mana sambutan terhadap industri takaful di negara itu” ujar beliau lagi.

Takaful Malaysia juga sedang mencari peluangmemasuki pasaran baru di China dan Asia Barat dan juga melakukan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan.

Pada tahun 2012, TM mencatatkan keuntungan selepas cukai dan zakat sebanyak 100.1 juta iaitu peningkatan sebanyak 31% daripada tahun sebelumnya.

Tahun ini TM berharap untuk terus meningkatkan prestasinya disamping mengekalkan 15% rebat yang diberi kepada palanggan yang tiada sebarang  tuntutan sepanjang tempoh perlindungan (NCB).

Sumber

5,147 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply