Serahkan Apa Yang Anda Tidak Tahu Kepada Pakar

Ini cerita dulu. Dulu saya ada seorang pembantu rumah. Saya ambil pembantu rumah daripada Lombok Indonesi ini melalui seorang kawan. Dokumen berkenaan pekerja asing ini saya buat sendiri walaupun itu adalah kali pertama berurusan dengan pejabat Immigresen.

Prosesnya saya rasakan agak susah. Banyak borang dan prosidur terpaksa saya isi dan fahami. Terpaksa melayan karenah orang di jabatan immigresen tu pun satu hal.

maid

untung la kalau dapat pembantu rumah yang sopan dan ikut cakap majikan

Keadaan menjadi bertambah kompleks apabila saya lupa melanjutkan permitnya yang habis tempoh pada tahun berikutnya. Bila saya tersedar had masa yang diberi untuk menyambung permit sudah pun berlalu. Mengikut kesalahan saya tersebut, saya boleh didenda lebih seribu ringgit.

Masalah ini saya ceritakan kepada Group Agency Manager Unit Trust saya kerana beliau pernah ada pengalaman menyelesaikan perkara sebegini.

Nasihat beliau kepada saya selepas mendengar cerita kompleks daripada saya:

“Jangan nak buat semua benda sendiri. Biarlah perkara yang kita tidak tahu orang yang pakar selesaikan. Keupayaan kita amat terhad untuk belajar dan buat semua benda. Bayarlah perhidmatan yang ditawarkan oleh pakar. Percayalah, harga yang dikenakan ke atas perkhidmatan mereka, jika kita bandingkan dengan kita buat sendiri, memang amat berpatutan. Memang kadang-kadang kita rasa lebih jimat jika kita buat sendiri. Tetapi cuba fikirkan merangkumi semua perkara yang kita kena buat memang teruk juga kita kena usaha. Masa yang kita kena habiskan, melayan karenah orang di Jabatan Immigresen, tenaga kita berulang alik ke sana dan macam-macam lagi. Itu tidak termasuk sakit kepala kita lagi nak fikirkan itu semua. Serah saa pada pakar. Biar diorang yang uruskan. Kita buat kerja kita, dia buat keje dia.”

Masalah saya itu berjaya beliau selesaikan dengan membawa saya berjumpa pakar yang uruskan segala yang berkenaan dengan pembantu rumah.

Saya menceritakan cerita ini di sini apabila teringatkan pesanan GAM saya tadi. Serahkan perkara yang kita tidak tahu kepada pakarnya. Itu memang kerja dia. Dan kerja ataupun kepakaran itulah yang dia kenakan caj untuk menyara hidupnya. Ia memang berbaloi dengan apa yang kita bayar dan apa yang kita dapat.

Begitu juga dengan pelaburan dan perancangan kewangan. Memang semua orang boleh buat sendiri. Tetapi perkara ini perlu ilmu. Ilmu pula kena belajar untuk dihadamkan. Belajar pula memerlukan masa yang lama. Dan macam-macam lagi yang perlu kita penuhi untuk menjadi pakar dalam bidang pelaburan dan perancangan kewangan.

amanah saham

salah satu intrumen pelaburan untuk menjamin masa hadapan ialah Unit Trust

Namun pelaburan untuk objektif kewangan kita dan perancangan kewangan kita yang lain perlu untuk kelangsungan hidup kita. Jadi untuk memudahkan kita, gunakanlah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pakar-pakar pelaburan dan perancangan kewangan.

Mereka ini memang terlatih dan berkemampuan untuk memberi perkhidmata yang terbaik kepada orang ramai. Mereka ini telah mendapat lesen yang bertauliah daripada Bank Negara malaysia dan Security Commission untuk menjalankan tugas mereka sebagai penasihat kewangan.

Jadi untuk mendapatkan nasihat tentang pelaburan terutama pelaburan di dalam Unit Trust ataupun amanah Saham, hubungilah Unit Trust Consultant (UTC) anda. Berbincanglah dengan mereka tentang rancangan masa depan anda. InsyaAllah mereka ada jalan penyelesaiannya.

Usah risau. Perkhidmatan mereka anda tidak perlu bayar. Mereka dibayar oleh syarikat Unit Trust yang mereka bernaung. Anda hanya perlu luangkan masa untuk berjumpa mereka untuk perbincangan.

Saya adalah salah seorang pakar tersebut. Jadi tunggu apa lagi. Silalah hubungi saya. Nombor untuk dihubungi ada di ruangan Contact di bahagian Bar Navigasi di bahagian atas.

21,763 total views, 2 views today

Show Comments

6 Comments

  1. eyriqazz 15 September, 2014
  2. syukur 22 September, 2014
  3. Ana 6 September, 2015

Leave a Reply