1

Semangat Kembali Membara

im moving

Sudah agak lama aku tak update blog ni. Sepanjang masa berlalu banyak sudah perubahan dalam halatuju karier aku. aku sekarang sedang giat belajar bagaimana untuk mendapat pendapatan secara atas talian (online). Melalui blog terutamanya. Ia akan menjadi sumber pendapatan aku tambahan buat aku. Ini bertepatan dengan impian aku untuk mempunyai pelbagai (multiple) pendapatan untuk mencapai impian hidup aku.

Ilmu blog yang aku dalami bukan datang secara percuma. Wang ringgit, usaha dan yang paling banyak aku kena korbankan ialah masa. Nak buat blog ni memang kena peruntukkan masa yang bukan sedikit. Apatah lagi jika ada 3 blog macam aku ni. Mana nak bagi masa kat sohoque.com. Mana nak update eXplorasa.my yang sedang meningkat naik.. mana nak buat entri kat sini.. semuanya kena rancang betul-betul. Dan semuanya ini memang mencuri masa aku.

Masa aku tak update blog ini juga aku dah beralih syarikat takaful. Daripada Takful Malaysia aku beralih kepada PRUBSN. Kenapa? aku ada sebabnya yang tak perlu aku nak cerita kat sini. Kalau nak tau boleh ajak aku ngeteh.

Sahabat seagensi aku, mereka yang aku rekrut semasa aku di Kuantan ada yang telah menempa nama di persada industri Unit Trust. Nama Synergy Planner Group sudah harum di Kuantan. Aku sungguh berbangga. Mereka kini sudah mampu bergerak sendiri. Semangat untuk menjadikan agensi aku sebagai top agensi melayu untuk Unit Trust dan Takaful di Malaysia kembali membara.

Semangat mereka inilah yang memberi semangat baru kepada aku untuk membuat sesuatu mulai sekarang. Jadi mulai sekarang insyaAllah blog ini akan bernyawa kembali dengan ilmu-ilmu perancangan kewangan dan perkongsian pengalaman daripada aku. InsyaAllah.

Berjumpa lagi di entri akan datang yang lebih berilmiah.

Wassalam.

14,788 total views, 0 views today

Show Comments

4 Comments

  1. Anuar 7 June, 2014
  2. syukur 22 September, 2014

Leave a Reply