Prospecting Method: Saling Bertukar Contact

Gambar ini hanyalah gambar hiasan. Bukan saya ingin agungkan bangsa lain tetapi saya tidak jumpa di internet gambar orang melayu yang sedang buat breakfast meeting. Harap maklum.

Ada banyak cara yang digunakan oleh unit trust dan takaful consultant dalam membuat sales prospecting. Salah satu cara untuk mencari prospek ialah dengan meminta nombor telefon prospek daripada rakan-rakan kita yang menjadi unit trust consultant, takaful consultant,salesman kereta, salesman kad kredit dan sebagainya.

Bertukar-tukarlah contact dengan mereka. Orang yang menjadi unit trust consultant boleh lah bertukar contact pelanggan dengan takaful consultant. Begitu lah sebaliknya. Namun ada baiknya jika meminta izin dahulu daripada pelanggan kita untuk memberikan nombor telefon mereka kepada kawan kita untuk kawan kita membuat presentation tentang produk dan servis mereka. Ini adalah lebih jujur. Dan jika pelanggan menyatakan kesanggupan untuk bertemu kawan kita, insyaAllah closing rate adalah amat tinggi sekali.

Dalam perkara ini, nampak akan ada kelebihan kepada orang yang menjadi consultant kepada kedua-dua produk tersebut. Dia menjadi unit trust consultant dan pada waktu yang sama dia juga adalah takaful consultant. Ini akan menyenangkannya membuat cross selling dimana pelanggan yang melabur unit trust turut ditawarkan dengan perlindungan takaful. Begitu juga sebaliknya.

Jika boleh buat lah perjumpaan (breakfast meeting) dengan kawan-kawan kita yang dari pelbagai industri seperti salesman kad kredit, salesman kereta, doktor, peguam, dan sebagainya. Banyak contact yang akan kita dapat nanti.

Kebaikan cara ini juga, kita tidak perlu lagi membuat pencarian fakta (facts finding), kerana sedikit sebanyak maklumat kita sudah tahu melalui kawan kita yang menjadi consultant dia tadi.

Selamat mencuba.

Wallahua’lam.

Dengan cara ini kita akan

Posted from WordPress for Android

7,885 total views, 2 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: