Proses Membuat Jualan (Selling Process) Umpama Menanam Benih

Selling proses ini panjang dan luas pengertiannya. Ia memerlukan kita melalui peringkat-peringkat tertentu. Bermula daripada membina rapport sehinggalah closing, ia adalah suatu proses yang bukan sekejap.

Ada masa kita dapat menutup jualan dengan hanya sekali berjumpa dan dengan penerangan yang ringkas kita sudah dapat membuat closing. Ada masa kita terpaksa menunggu lama sehingga bertahun untuk closing. Saya pernah dihubungi oleh seseorang yang ingin melabur melalui saya. Apabila ditanya, beliau memberitahu saya pernah berjumpa dengan beliau sewaktu saya membuat kaunter promosi 3 tahun lepas dan saya ada memberi beliau kad bisnes saya.

Kadangkala kita juga kecewa apabila orang yang sudah kita terangkan berkenaan dengan produk dan servis kita, tetapi tiba-tiba kita dapati dia sudah menandatangani borang dengan consultant yang lain. Ada juga masanya apabila kita berjumpa dengan prospek dan dengan sekali penerangan sahaja dia sudah menjadi pelanggan kita.

Sebenarnya ini adalah perkara yang lumrah dalam proses dan peringkat membuat jualan. Setiap hari kita membuat aktiviti jualan seperti membuat appoinment, berjumpa bakal pelanggan, membuka kaunter promosi, membuat ceramah, bertukar-tukar kad bisnes dengan orang yang tidak dikenali dan lain-lain. Ini kita buat setiap hari demi kesinambungan bisnes kita supaya kita tidak terputus prospek dan yang paling penting kita berpotensi menutup kes di setiap hari. Lebih banyak kita membuat closing sales pada bulan itu, banyak jugalah income kita pada bulan itu.

Konsep berjumpa prospek dan mula menerangkan berkenaan unit trust sedari awal seumpama kita menanam biji benih. Ia memerlukan masa untuk tumbuh. Begitu juga dengan unit trust. Propek kadangkala memerlukan masa untuk berfikir. Jika kita dapat membuat closing secara langsung, ia adalah sau bonus untuk kita. Jika tidak kita hanya menanam benih sahaja dahulu. Benih ini akan kita tuai hasilnya apabila matang kelak.

Sebab itu dalam menjadi unit trust consultant (UTC) ini, ia juga memerlukan sedikit masa untuk berkembang. Jika pelaburan di dalam unit trust memerlukan sedikit masa (3 – 5 tahun), menjadi UTC juga memerlukan masa sebegitu. Ini adalah kerana benih yang kita tanam tadi akan matang dalam tempoh tersebut. Sebab itulah, masa 3 tahun terawal menjadi UTC adalah masa yang amat kritikal. Ia akan menentukan ketahanan kita di dalam industri unit trust.

Sebenarnya apabila kita dapat membuat closing dengan mudah iaitu dengan sekali penerangan sahaja, prospek mungkin telah mendengar penerangan daripada consultant yang lain. Tetapi pada masa dia mendengar penerangan UTC lain itu, hatinya belum terbuka untuk membuat pelaburan. Jadi apabila hatinya tiba-tiba terbuka untuk melabur dan terjumpa pulak kita yang menerangkan benda yang sama dengan apa yang dia sudah dengar sebelum ini, terus si prospek itu menandatangani dengan kita. Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menuai hasil daripada orang lain yang sudah lama menanam benih.

Perkara yang sama juga boleh terjadi kepada kita. Kadang-kadang kita kecewa kerana prospek yang kita target dan telah berjumpa sebelum ini tiba-tiba menandatangani dengan consultant yang lain. Jika ini terjadi kepada kita, jangan pula kita marah. Kenangkan saat kita yang tuai hasil orang lain.

Jangan sesekali mengatakan yang consultant tersebut mencuri prospek dan bakal pelanggan kita. Bersabarlah dan teruskan aktiviti jualan harian. Teruskan berjumpa prospek untuk menerangkan kepentingan menyimpan dan melabur wang di syarikat kita.

Sesungguhnya apa yang telah terjadi semuanya terkandung seribu hikmah di sebaliknya. Contohnya tuhan mungkin tidak membuka hati prospek itu untuk tandatangan dengan kita, tetapi Dia akan menggantikan dengan prospek yang lain. Jadi bersangka baik lah dengan Allah. Dia maha adil dan bijaksana.

Rezeki kita sudah tuhan tetapkan. Tinggal lagi sejauh mana kita mencari dan menggali rezeki tersebut. Rezeki walaupun dah ditentukan, jika tidak kita berusaha untuk mendapatkannya, tetap tidak datang ke pangkuan kita. Lihat sahaja burung. Tuhan sudah tetapkan rezekinya pada setiap hari. Tetapi adakah burung hanya tinggal di dalam sarang menunggu rezekinya? Tidak! Malah burung ini berpagi-pagi sudah keluar untuk mencari rezeki. Pulangnya pula di lewat petang.

Jadi, jangan kecoh jika kita dapati rakan atau kenalan kita melabur melalui consultant lain. Jadi seoarang yang positif. Bukan rakan-rakan kita sahaja prospek kita. Ramai lagi orang di luar sana yang boleh melabur melalui kita. Kadang-kadang rakan-rakan menjadi pelanggan pun bermasalah juga. Lebih baik dia dengan consultant lain. Positif lah!!!!

Posted from WordPress for Android

7,872 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply