PM Umum Dana Strategik Pelaburan Domestik RM1b

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan pembentukan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion.

Dana itu bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat milik Malaysia dalam rangkaian bekalan global, dalam industri sasaran iaitu bernilai tinggi tambahan, berintensifkan pengetahuan dan industri berasaskan inovasi.

Beliau berkata, dana itu akan diurus oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan akan diluluskan pada asas rundingan, berdasarkan permintaan syarikat dan merit setiap kes, dengan objektif untuk meningkatkan keupayaan teknologi pelabur domestik.

Katanya, dana itu bermatlamat meningkatkan dan memanfaatkan peluang-peluang penyumberan luar yang diwujudkan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia, meningkatkan penguasaan teknologi oleh syarikat milik Malaysia dan membolehkan syarikat berkenaan memperoleh standard/pensijilan antarabangsa dalam industri strategik. – BERNAMA

komen sohoque:

Goverment nak pakai duit ke ni.. almaklum la PRU 13 dah menjelang tiba..! hehehehe

4,614 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply