Perancangan Kewangan – Jangan Malu Untuk Berjumpa Pakar

client satisfaction

Klien akan gembira jika cadangan kita akan menyelesaikan masalahnya

Minggu lepas saya apa membuat appointment dengan seorang despatch. Beliau dicadangkan oleh seorang kawan saya, seorang peguam.

Setelah saya perolehi maklumat tentang diri, keupayaan menyimpan, objektif kewangan dan masalah beliau saya telah mencadangkan satu proposal untuk beliau. Cadangan dari saya adalah cadangan oleh seorang perancang kewangan islam. Beliau bebas mengambil dan menolak cadangan saya.

Berikut adalah fakta yang saya berjaya rumuskan:

  • Pekerjaan: Despatch
  • Keupayaan menyimpan: RM530 sebulan
  • Status: berkeluarga – 1 orang isteri dan 1 orang anak
  • Masalah:
    • telah mempunyai 3 polisi insurans – 2 polisi investment link berserta kad perubatan, dan 1 insurans pendidikan. semuanya dengan insurans conventional
    • 1 daripada 2 polisi investment link itu dibayar oleh pihak syarikat tempat beliau berkerja. Tetapi ejen bermasalah dimana premium dikutip secara CASH setiap bulan. Namun 4 bulan premium tidak dibayar, mengikut surat daripada syarikat insurans.
    • mempunyai pelan pelaburan dengan ASB secara pinjaman.
    • didapati tiada objektif yang jelas tentang pelan pelaburan dan perlindungan insurans yang telah disertai.
    • beliau kurang memahami tentang polisi yang diambil.

Setelah itu saya memberi beliau proposal seperti berikut:

  • Oleh kerana saya adalah perrunding kewangan Islam, saya meletakkan syariah compliant sebagai kayu ukur yang utama. Sebarang pelan perancangan kewangan mestilah patuh syariah yang mana ianya mestilah bebas daripada 3 unsur utama iaitu Riba’, Maisir (judi), dan Gharar (ketidaktentuan)
  • Jadi saya harus memberi faham akan perkara ini dahulu. Apa-apa pun matlamat di dunia, akhirat mestilah diambil kira. Dunia ini hanyalah sementara. Ia adalah jambatan ke akhirat yang akan kekal abadi. Jadi persediaan ke akhirat mestilah rapi. Ia mestilah berbentuk amar makruf dan nahi munkar. Moga ia akan menjadi bekal kepada kita di akhirat nanti. Moga ianya akan menghindari kita daripada neraka dan memasukkan kita ke dalam syurga.
  • Saranan saya insurans conventional mestilah ditukarkan kepada takaful. (itu nasihat saya. keputusannya tertakluk kepada individu)
  • Jadi tukarkan insurans yang syarikat bayar tadi kepada pelan takaful berserta kad perubatan. Ambil cash value (jika ada) dan letakkan sebagai sumbangan pelan takaful yang baru.
  • Pelan insurans yang kedua (dibayar sendiri) surrender. Duit cash value simpankan semua di dalam pelaburan unit amanah dengan membuat standing instrustion menerusi bank sebanyak RM150 setiap bulan
  • Insurans pendidikan anak tukar kepada takaful berserta kad perubatan. Kekalkan sumbangan takaful RM100 sebulan secara autodebit bank.
  • Pinjaman ASB boleh dihentikan jika mahu tetapi duit RM280 pembayaran semula pinjaman itu hendaklah terus dibuat standing instruction untuk pelan pelaburan unit trust untuk tujuan pendidikan anak.
  • Oleh kerana beliau tiada reserve untuk emergency fund, saya cadangkan daripada RM280 tadi hanya RM130.00 dimasukkan sebagai standing instruction untuk education fund melalui unit trust. RM150.00 hendaklah disimpan untuk mengumpul dana sewaktu emergency.
  • Sebarang tindakan memberhentikan insurans conventional haruslah dibuat dengan teliti iaitu dibuat selepas pelan baru takaful telah berkuatkuasa kerana dibimbangi musibah terjadi bilamana insurans conventional telah dihentikan tetapi pelan takaful masih belum berkuatkuasa.
  • Seterusnya saya menegaskan bahawa cadangan saya ini hanyalah cadangan daripada perunding kewangan Islam. Beliau bebas memilih untuk mengikut cadangan saya dan bebas untuk tidak mengikut. Cuma harapan saya keputusan yang beliau buat itu mestilah mengambil kira dirinya sebagai seorang Muslim.

2 hari selepas itu beliau menelefon saya dan bersetuju untuk cadangan yang pertama iaitu menukarkan insurans berserta kad perubatan yang premiumnnya dibayar oleh pihak syarikat kepada pelan takaful dengan sumbangan yang sama. Pihak syarikat telah pun bersetuju.

Cadangan-cadangan yang lain beliau akan buat satu persatu selepas itu.

Alhamdulillah. Moga cadangan saya ini mendapat restu dariNya. Ameen.

7,113 total views, 3 views today

Show Comments

One Response

  1. titan 19 December, 2012

Leave a Reply