Pendapatan Tambahan Untuk Yang Bergaji Kecil

caknawang.wordpress.com takaful consultantAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Bukan semua daripada kita mempunyai gaji yang besar. Bukan semua daripada kita mempunyai peluang belajar tinggi-tinggi kemudian berkerja dan menjawat jawatan yang bergaji lumayan. Ada daripada kita hanya berkerja dan menjawat jawatan yang rendah dan bergaji agak kecil.

Sebenarnya kaya atau tidak seseorang itu bergantung kepada diri mereka sendiri. Orang yang berjawatan rendah dan bergaji kecil sebenarnya tidak semestinya tidak banyak duit. Lihat sahaja Bill Gates pada permulaan perniagaannya. Beliau tidak memiliki ijazah bilamana pengajiannya di universiti tidak sempat dihabiskannya. Begitu juga contoh yang lebih dekat dengan kita iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau juga tidak mempunyai pelajaran yang tinggi di awal kerjayanya. Tetapi sikap ingin berjaya dan ingin mengubah hidup telah membawa beliau di tempat yang beliau berada sekarang ini.

Kita mungkin bergaji kecil kerana kelayakan kita di bidang pelajaran tidak cukup tinggi. Oleh kerana dunia korporat memandang ijazah sebagai ukuran maka yang berkelulusan di bawah level ijazah biasanya bermula dengan gaji yang agak rendah.

Namun adakah orang yang bergaji rendah ini tidak berhak mempunyai wang yang banyak? Jawapannya, TIDAK. Mereka juga berhak untuk kaya.

Sebenarnya banyak kerja yag boleh dibuat di Malaysia untuk menjana duit. Saya meminjam kata-kata Chef Li dalam bukunya yang bertajuk: “Menjejaki Jutawan Senyap”: “Amat malang kita sebagai orang Malaysia yang hidup di bumi Malaysia tetapi tidak kaya”.

Apabila kita tidak banyak wang, agak sedikit sukar untuk merancang kewangan untuk masa depan kita seperti perancangan pendidikan anak untuk melanjutkan pelajaran di universiti, perancangan persaraan, perancangan tunaikan haji, melancong dan sebagainya.

Jadi untuk yang bergaji kecil, jangan risau. Ada banyak cara untuk dapatkan pendapatan tambahan untuk kita banyakkan pendapatan keluarga kita. Di antaranya ialah kita menjadi seorang consultant dalam bidang unit trust dan/ataupun takaful secara separuh masa (part time). Tolak ketepi sifat MALAS, MALU, TAKUT dan sebagainya.

Kenapa saya cadangkan kerjaya ini sebagai kerjaya sampingan kita? Kerana kerjaya ini tidak akan mengganggu kerja utama kita. Malah prospek sentiasa ada di keliling kita sewaktu berkerja.Hanya perlu buka mulut untuk berkungsi secara langsung atau tidak langsung kepada kawan-kawan sepejabat. Tetapkan target/sasaran bercerita kepada seorang atau dua orang kenalan kita dalam sehari. Dalam 10 jam masa kita berkerja (8 jam di pejabat, 1 jam dalam kereta/lrt masa pergi kerja dan 1 jam dalam kenderaan masa balik dari kerja), ambil masa 15 minit sahaja untuk untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan sepejabat. Mudah bukan?

Antara kelebihan kerjaya ini ialah:

  1. Pendapatannya tanpa had. Saya ada 2-3 orang rakan yang bersama-sama saya di dalam bisnes ini yang mempunyai pendapatan setaraf CEO syarikat yang besar.
  2. Masa yang sangat fleksibel. Sebab itu saya kata kerja ini tidak akan mengganggu masa kerja pejabat kita. Kita yang rancang masa kita. Tidak boleh bercerita waktu siang, boleh jumpa prospek di waktu malam jika boleh.
  3. Kita yang tentukan kenaikan pangkat kita sendiri.
  4. Boleh memimpin agensi sendiri dengan menjadi pemimpin kepada satu kumpulan consultant yang lain.
  5. Boleh mengikuti percutian PERCUMA bertaraf 5 BINTANG yang disediakan oleh pihak syarikat yang kita bernaung
  6. Gaji tetap yang berbentuk passive income
  7. Pengiktiraf daripada pihak syarikat
  8. Dan lain-lain

Sebenarnya, untuk memperolehi pendapatan sampingan memerlukan kesedaran dari diri kita sendiri. Kita mesti mempunyai “a big why?” ataupun alasan yang sangat kuat kenapa kita perlu untuk mempunyai income yang banyak. Tanpa alasan yang konkrit dan kuat, kita akan mudah mengalah kepada perasaan MALAS, MALU dan TAKUT tadi. Hanya perasaan ingin berjaya dan jati diri yang kuat sahaja yang boleh kalahkan perassan negative tadi. Ayuh kita mencuba kerjaya ini secara separayh masa ataupun sepenuh masa.

Untuk bimbingan ataupun pendedahan lanjut kerjaya sebagai consultant unit trust dan takaful, anda boleh hubungi saya: sohoque@gmail.com

9,606 total views, 6 views today

Show Comments

Leave a Reply