24

Pendapatan Awak Pun Ada Riba’, Macamana Tu?

Suatu hari saya berkelapangan untuk minum dan lepak-lepak bersama rakan-rakan. Kalau dah berkumpul ramai-ramai macam tu memang banyak la benda yang dikongsikan.

Ada la seorang rakan tu tersentuh bab ASB. Pasal untungkah pelaburan ASB menggunakan cara pinjaman. Disentuh juga tentang hukum ASB. Haramkah ia atau halalkah ia.

Saya pula bila rakan-rakan bercakap tentang bab financial memang terujalah kan. Maklumlah bab investment Unit Trust (unit amanah) dan bab perlindungan takaful ni kan bidang saya.

duit gaji

Pendapatan seorang unit trust consultant dan takaful consultant adalah dalam bentuk komisen

Saya pun kongsilah beberapa pandangan tentang tentang ASB ni. Disebabkan pendapat di kalangan ulama’ masih lagi khilaf, saya memberikan pendapat dari kedua-dua belah pihak. Yang kata ASB tak patuh syariah dan yang kata harus.

Ada juga disebutan tentang riba’ semasa penerangan tu. Tiba-tiba seorang rakan mencelah:

“Bro, ko sedap je cakap pasal riba’. Habis tu komisen ko tu pun riba'”

dosa besar

riba adalah antara dosa besar dalam Islam

Saya yang sedikit kaget dengan pertanyaan tersebut agak kurang faham apa yang dimaksudkannya. Lalu saya menjelaskan bahawa akaun bank saya semuanya menggunakan akaun Islamik. Saya ada akaun Al-Wadiah dengan Public Islamic Bank untuk urusan pembayaran komisen Unit Trust. Saya juga ada akaun di CIMB Islamic Bank untuk urusan pembayaran komisen Takaful

“Kat mana ko cakap riba’ tu bro…” Saya bertanya lagi untuk kepastian.

“Ko kan dapat komisen. Ko kutip duit pelaburan orang dan duit takaful orang, kemudian ko ambik bahagian komisen ko. Riba’ la tu..” jawab beliau selamba.

Hahahah. Saya tergelak. Memang sah amat cetek pengetahuan tentang kewangan Islam kawan saya seorang ni. Lalu saya jelaskan:

“Itu gaji aku bro. Macam korang dapat kerja then dapat gaji. Sama la tu. Cumanya komisen aku tidak tetap seperti korang. Aku dibayar dengan apa yang aku usahakan” Saya cuba jelaskan dengan seberapa ringkas yang boleh sebab saya sebenarnya tak mau nampak dia ni tak tau sangat pasal kewangan Islam.

Saya tambah lagi sebelum mengubah kepada topik perbualan yang lain:

“Oh ya, tanggapan ko pasal aku kutip duit orang dan ambil komisen aku tu memang tak betul bro. Aku sebenarnya tak dibenarkan pun ambil wang tunai (cash) daripada pelabur aku. Kalau kantol aku buat macam tu memang aku kena terminate.

“Kebanyakan pelabur aku melabur dengan duit CPF (dibaca ei pi ef). Tidak involve tunai langsung. Sain borang je. Duit EPF yang transferkan ke akaun unit trust pelabur nanti. Kalau ada yang labur secara tunai pun memang syarat dia pelabur kena bagi cek. Habis kat mana yang ko cakap aku ambil komisen dulu tu. Hehehehe”

“Nanti la ada masa aku cerita kat ko lagi pasal ni bro”

Lepas tu memang saya alih tajuk perbincangan. Dan suasana menjadi riuh kembali dengan cerita dan lawak-lawak yang terhasil.

Ramai lagi yang tak faham pasal riba’ dan perjalanan komisen ejen rupanya.

14,870 total views, 0 views today

Show Comments

2 Comments

  1. Noriza Rahman 24 March, 2015
    • Ishak Ismail 24 March, 2015

Leave a Reply