Pelbagaikan Aktiviti Di Dalam Sesebuah Agensi

teamwork

Pengurusan agensi adalah sesuatu yang kompleks. Ianya adalah proses pembelajaran bagi seseorang ketua agensi. Semakin lama dia menjadi ketua agensi dan semakin ramai consultant bawahan, ketua agensi akan menjadi semakin baik dari segi pengurusannya. Ini dibantu dengan latihan yang diberikan oleh pihak syarikat secara konsisten.

Salah satu aspek yang perlu dilihat oleh ketua agensi ialah kepentingan  pelbagaikan aktiviti di dalam sesebuah agensi untuk kumpulan dan consultant naungannya.

Pelbagai cara atau aktiviti boleh dibuat oleh ketua agensi ataupun consultant takaful maupun unit trust untuk berkongsi tentang ilmu berkenaan bidang tersebut. Antara aktiviti yang lazimnya dilakukan oleh consultant ialah:

  • Panggilan telefon (hot/warm/cold call)
  • Membuka booth promosi (roadshow)
  • Taklimat
  • Face to face
  • Referral
  • Sales email

Mengapa aktiviti2 ini perlu dipelbagaikan oleh sesebuah agensi?

Ada beberapa sebab yang kukuh mengapa ianya perlu, di iantaranya:
  • Setiap consultant yang bernaung di bawah agensi kita mempunyai kemahiran berbeza.
    Ada yang suka method face to face, ada yang suka buat panggilan telefon dan macam lagi. Ada yang prospeknya.hanya tertumpu pada suatu tempat dan industry sahaja. Jadi dengan adanya pelbagai aktiviti seperti ini kita akan memberikan peluang kepada consultant kita untuk menceburi aktiviti yang mereka lebih mahir dan gemar.
  • Mencari kelemahan dan kelebihan seseorang consultant dengan aktiviti yg dirancang.
    Dengan aktiviti ini kita boleh melihat kelemahan dan kelebihan seseorang consultant terutamanya bagaimana mereka membuat persembahan kepada klien. Di sini lah kita boleh menegur dengan cara berhemah jika kita dapati cara persembahan mereka kurang sesuai. Ianya seperti lakon peranan (role play) di dalam sesi latihan kita.
  • Mengelak consultant terasa jemu dengan aktiviti yang sama.
    Perkara sama yang diulang berkali-kali akan membangkitkan rasa jemu kepada consultant. Jadi untuk elakkan perkara ini yang jika tidak dibendung boleh menjejaskan prestasi mereka, kepelbagaian aktiviti sebegini boleh mengelakkan perkara tesebut daripada berlaku.
  • Menerapkan budaya kerja berpasukan
    Aktiviti ini juga boleh mendidik para consultant di agensi kita supaya mengutamakan kerja secara berpasukan (teamwork). Budaya ini akan menjadi budaya yang positif di dalam sesebuah agensi di mana consultant akan terasa lebih erat di antara satu sama lain. Ini akan membuatkan mereka saling tolong menolong di antara satu sama lain.
Jadi dengan adanya pelbagai  aktiviti, diharap produktivity agensi akan terus bertambah dan meningkat naik. Sifat-sifat positif yang akan terhasil daripada aktiviti-aktiviti secara berkumpulan ini akan dapat membentuk consultant untuk lebih maju.

 

6,248 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply