Pelaburan Memerlukan Masa Untuk Bercambah

perancangan kewangan dengan unit trust

pelaburan memerlukan masa untukk bercambah

Pelaburan memerlukan masa untuk bercambah. Sabar, disiplin dan kekalkan fokus adalah kata kunci.

3 perkara tersebut adalah elemen penting yang anda perlu ada dalam membuat pelaburan khususnya dalam membina dana untuk perancangan kewangan seperti dana persaraan, dana penididikan anak, dana mengerjakan haji dan lain-lain dana.

Perlu diingat pelaburan yang dimaksudkan ini saya takrifkan berlainan daripada pelaburan di pasaran saham. Bagi saya pelaburan di pasaran saham adalah perniagaan. Kerana ianya bersifat jangka masa pendek dan dijual bila sudah ada keuntungan.

Pelaburan yang di maksudkan disini ialah simpanan yang memerlukan sedikit kesabaran, disiplin dan fokus untuk objektif ataupun sasaran jangka masa panjang. Pelaburan jenis ini biasanya menjadi alat yang paling sesuai untuk seseorang membuat perancangan kewangan.

Antara pelaburan yang paling sesuai untuk pelaburan jenis ini ialah pelaburan di dalam unit trust.

Pelaburan ibarat menanam sepohon pokok daripada sebutir biji benih. Untuk pokok tersebut membesar dan mengeluarkan hasil, banyak usaha yang kita perlu lakukan. Penjagaan yang rapi juga perlu dibuat supaya ianya subur. Untuk pokok tersebut mengeluarkan buah, pasti mengambil masa yang lama.

Begitu juga dengan pelaburan unit trust. Ia perlu dijaga dengan membuat tambahan pelaburan secara tetap setiap bulan jika boleh. Ia mesti dipantau dengan membuat switching (pertukaran dana yang lebih baik) dan membuat alokasi assets jika perlu. Dan ia memerlukan masa yang lama untuk pengumpulan unit (assets) untuk memberikan keuntungan yang besar kepada kita.

Gambarajah di atas memberi gambaran berapa nilai yang kita dapat dengan menyimpan secara tetap di setiap bulan sebanyak RM200 diberi kadar pulangan 6% dan 8%.

Sebagai contoh, jika kita menyimpan RM200 setiap bulan selama 5 tahun di dalam instrumen pelaburan yang memberikan kadar pulangan sebanyak 6% setahun, nilai yag anda dapat adalah RM14,023 berbanding dengan modal simpanan anda yang telah terkumpul iaitu sebanyak RM12,000.

Namun jika anda menyimpan di dalam instrumen pelaburan yang mampu menjana keuntungan 8% setahun, nilai wang anda adalah RM14,794 di dalam masa 5 tahun.

Oleh itu berlaku bijak lah dalam memilih simpanan dan pelaburan. Pilihlah pelaburan yang boleh memberikan anda kadar pulangan tahunan yang agak tinggi tetapi mempunyai kadar risiko yang boleh diterima.

Pelaburan yang sesuai dengan kriteria yang disebutkan tadi ialah UNIT TRUST.

Pelaburan memerlukan masa untuk bercambah. Hubungi saya untuk penerangan yang lebih jelas tentag perancangan kewangan anda. Saya sedia membantu.

Wallahua’lam.

 

64,668 total views, 8 views today

Show Comments

10 Comments

  1. Anuar 5 September, 2013
    • Ishak Ismail 5 September, 2013
  2. Denaihati 30 December, 2013
  3. nazuwa 8 July, 2014
  4. syukur 22 September, 2014
    • Ishak Ismail 23 September, 2014
  5. eyriqazz 23 September, 2014
    • Ishak Ismail 23 September, 2014

Leave a Reply