5
271

Nak Bebas Kewangan? Buat Yang Ni Dulu, Kalau Tak Jangan Mimpi…

Kunci kebebasan kewangan (financial freedom)

displin dalam menyimpan adalah paling utama

Tak keterlaluan kalau nak katakan yang kunci kepada kebebasan kewangan adalah Disiplin. Banyak disiplin nak kena patuh kalau nak bebas kewangan. Ambik contoh yang paling mudah. Disiplin dalam menyimpan. Nak tak tak, untuk menjadi seorang yang bebas kewangan kita kena menyimpan. Kena ada simpanan yang banyak.

Lebih awal kita belajar menyimpan dengan berdisiplin lebih banyak dan mudah kita nak menuju kepada kebebasan kewangan.

ok paused kejap. Kebebasan kewangan.. Apa yang anda tau tentang kebebasan kewangan ni?

Kebebasan kewangan dalam bab kewangan ni bermaksud anda mempunyai harta ataupun kekayaan yang mencukupi untuk menyara hidup walaupun tanpa anda berkerja. Kebanyakan orang yang bebas kewangan ini mempunyai harta ataupun assets yang berkerja untuk dia. Pasif income mereka memberikan mereka bebas untuk tidak berhutang dan tidak berkerja.

financial freedom…

Seronok kan kalau dah bebas kewangan…!! Boleh buat apa sahaja yang kita suka. Nak melancong? Nak shopping? You name it, you got it (contoh saja… Sebab sifat orang yang bebas kewangan ni kebiasaannya mereka tidak boros). Yang paling bestnya boleh buat kebajikan banyak-banyak sebab kita mampu memberi lebih.

Untuk buatkan duit ataupun assets yang lain berkerja untuk kita, kita kena ada duit. Duit modal inilah nanti yang akan berkerja apabila ianya terkumpul banyak dan dichannelkan ke tempat pelaburan yang sepatutnya.

Simpanan (savings)

So kat mana nak dapatkan duit banyak-banyak untuk jadikan ia assets? Kat sini la datangnya simpanan. Simpanan pulak kena berdisiplin supaya objektif yang nak dicapai dengan simpanan tu berjaya dicapai mengikut perancangan rapi yang dah dibuat dari awal.

simpanan berdisiplin sangat penting

Simpanan tetap setiap bulan adalah antara idea yang bagus untuk mempunyai satu dana yang besar apabila tiba masanya. Simpanan yang dihalakan didalam instrumen pelaburan yang risikonya “boleh diterima” akan membantu membiakkan lagi duit simpanan tadi.

Instrumen kewangan yang sesuai

Antara instrumen yang “boleh diterima” risikonya dan hensem pulangannya adalah pelaburan unit trust. Pulangan daripada kenaikan nilai unit yang terkumpul saban bulan dan tahun ini akan mewujudkan satu dana yang besar dan ini boleh dihalakan kepada beberapa intrumen pelaburan ataupun belian assets yang lain di masa hadapan.

hartanah juga adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang sangat baik

Lebih lama simpanan dan pelaburan yang kita buat di dalam Unit Trust ini lebih tinggi pulangannya akibat daripada kenaikan harga unit yang kita pegang.

Namun, sekali lagi ditekankan, tanpa disiplin yang jitu objektif ini (mengumpulkan dana yang besar untuk tujuan mereka berkerja untuk kita di masa hadapan) tidak akan menjadi kenyataan jika tiada disiplin. Ramai yang ada simpanan… tapi tak ramai yang ada simpanan tetapi berterusan menyimpan secara tetap tanpa mengeluarkan simpanan tersebut sehingga objektif yang diingini tercapai…

Jadi yang paling utama untuk mencapai kebebasan kewangan ini adalah DISIPLIN dalam menyimpan dan tabiat positif yang lain… Pastikan setiap pendapatan yang kita dapat itu ditolak untuk simpanan.

Berapa banyak nak simpan?

Berapa banyak nak simpanan sebenarnya bergantung kepada perancangan keseluruhan kewangan anda. Jumpalah pakar yang boleh nasihatkan anda untuk membuat perancangan jangka pendek dan juga panjang.

Namun untuk memberi gambaran disiplin menyimpan di sini, kebiasaannya kita katakan yang simpanan yang harus ditolak daripada pendapatan setiap bulan adalah 10 peratus sekurang-kurangnya. Ada lebih lagi bagus…! Cuba yang ini dahulu. Dapat jer gaji tolak terus siap-siap 10 peratus ke dalam simpanan dan pelaburan yang telah ditetapkan.

Kebiasaanya kalau diteliti jumlah dana yang dikehendaki di masa hadapan dengan memasukkan faktor inflasi di dalam pengiraan, tolakan simpanan 10 peratus itu selalunya tidak mencukupi. Melainkan gaji atau pendapatan kita “banyak”.

Untuk menampungkan kelompangan ini, sesuatu harus dilakukan. Hanya 2 benda yang asas boleh dilakukan.
1. Tambah pendapatan
2. Kurangkan perbelanjaan

Selalunya yang nombor 2 tu agak sukar dilakukan terutama apabila ia melibatkan perbelanjaan keseluruhan keluarga. Jadi nak tak nak, kena tambah pendapatan. Ini cara yang paling bijak. Banyak cara nak tambah pendapatan ni. Nanti kita bincang semula. Ataupun untuk sementara boleh baca di link ni:

Career Best Untuk Tambah Pendapatan

Yang paling cepat nak banyakkan simpanan ialah kombinasi antara kedua-dua di atas. Cari pendapatan tambahan dan dalam masa yang sama kurangkan perbelanjaan yang kurang penting. Yang ni paling cepat untuk banyakkan simpanan.

Sedeqah juga penting…

Namun begitu alokasi untuk simpanan tadi sebaiknya disalurkan juga sebahagiannya untuk sedeqah. Ini pun perlu untuk kebebasan hidup di akhirat kelak.

Jadi pepandailah ya. Tak tau rancang minta lah nasihat daripada yang tahu. Yang pasti, perancangan kewangan tu perlulah mengikut landasan Islam. Pastikan jangan libatkan dengan instrumen simpanan dan pelaburan yang ada unsur riba, gharar dan judi.

So, jom…. Rancang, buat dan monitor…! Tak tau buat sendiri bincang dengan consultant anda. Saya boleh bantu anda dalam perancangan kewangan… Jom ngeteh…!

p/s: Kalau nak tau banyak lagi tips untuk menyimpan shingga RM1,000 sebulan, boleh belajar daripada ebook ni. Sangat bagus tips nya:

2,357 total views, 0 views today

Show Comments

2 Comments

  1. anuar 7 August, 2017
    • sohoque 7 August, 2017

Leave a Reply