6

Menyimpan Duit Dengan Cara Forced Saving di Takaful

Forced Saving (FC)

Juga dipanggil Simpanan Paksaan, iaitu menyimpan wang secara paksaan, adalah salah satu cara menyimpan wang untuk tujuan perancangan kewangan (Financial Planning). Ia amat sesuai untuk orang yang tidak mempunyai disiplin diri untuk membuat simpanan secara tetap.

Forced saving boleh dilakukan dan biasa dilakukan di instrument perancangan kewangan seperti Takaful dan Unit Trust (Amanah Saham).

FC di takaful

medical card terbaik

forced saving dengan pelan takaful

Takaful (Islamic Insurance) adalah salah satu alat perancangan kewangan yang tujuan utamanya adalah untuk perlindungan diri, harta benda dan keluarga. Ia akan membentuk tabung asset secara otomatik apabila perlindungan kewangan tersebut bermula dengan sumbangan takaful yang pertama.

Takaful mewajibkan peserta menyumbang (membayar) amaun sumbangan yang ditetapkan secara regular pada setiap bulan, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan ataupun setiap 1 tahun mengikut pilihan peserta. Sumbangan ini membolehkan perserta mendapat nilai perlindungan jika berlaku musibah. Ia juga membentuk nilai tunai pada polisi takaful tersebut.

Nilai tunai sangat sedikit diawal tahun penyertaan kita di dalam skim takaful. Ia kerana sumbangan kita lebih banyak diperuntukkan ke dalam tabung tabarru’ iaitu tabung derma untuk saling menolong diri sendiri dan peserta dalam skim takaful yang sama yang terkena musibah.

Namun nilai tunai ini akan bertambah banyak dari tahun ke setahun dengan adanya keuntungan daripada bahagian tunai yang digunakan untuk melabur ke dalam unit trust (amanah saham). Semuanya ini dilakukan oleh pihak syarikat selaku pengurus dana yang professional dan berpengalaman.

Takaful ini akan lapse iaitu lupus jika tiada sumbangan yang dilakukan. Namun jika nilai tunai sudah banyak terkumpul, kos takaful biasanya akan dipotong daripada nilai tunai yang terkumpul tersebut. Satu notis akan dihantar ke alamat peserta jika ada nilai tunai yang dipotong. Ini adalah supaya perlindungan berjalan seperti biasa dan tidak lapse.

Biasanya di awal penyertaan, polisi akan lapse jika tiada sumbangan yang dibuat. Ini adalah kerana nilai tunai masih tidak mencukupi untuk membolehkan pihak syarikat takaful memotong untuk tujuan menampung kos takaful yang tiada sumbangan tadi.

Untuk membendung perkara ini (lapse), seeloknya peserta membuat auto debit daripada akaun ataupun kad kredit, ataupun menyumbang (membayar) secara setiap 3, 6 ataupun setahun sekali.

autodebit credit card

autodebit melalui kad debit atau kredit adalah cara terbaik untuk elakkan polisi lapse

Perkara inilah yang menjadikan sumbangan takaful sebagai FC. Simpanan paksaan harus dibuat untuk mengelakkan lapse. Dan FC ini biasanya dibuat melalui potongan daripada akaun debit ataupun kad kredit secara terus pada setiap bulan.

Satu lagi FC ialah untuk simpanan di Unit Trust ataupun amanah saham. Saya akan perincikan di entri akan datang.

Tungguuu..

15,608 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply