380

Melabur Dengan ASB Loan – Untung Atau Rugi?

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Amanah Saham Bumiputera ataupun lebih sinonim dengan ASB adalah salah satu daripada Unit Trust ataupun Amanah Saham yang dikeluarkan oleh PNB sejak lama dulu.

Malah kini sudah ada kesinambungannya iaitu ASB2. Dana ASB memang besar sekali. Jika dana ASB ini dihapuskan, duit pelabur yang ada di dalam dana ini tidak mampu dihabiskan untuk membeli unit trust lain di Malaysia ini. Itu gambaran besarnya dana ini.

amanah saham ASB

Buku Akaun ASB

Hukum ASB

Ulama masih lagi berselisih pendapat tentang hukum ASB ini samada ianya patuh syariah ataupun harus. Ataupun ia tidak patuh syariah ataupun haram.

Namun entri saya pada kali ini bukanlah untuk mengupas hukum ASB halal atau haram tetapi tentang pinjaman peribadi khas untuk membeli unit trust ASB ini. Kita bincang tentang hukum ASB di artikel yang akan datang.

Loan ASB

Seperti yang kita ketahui, banyak bank-bank di Malaysia ini yang menawarkan skim pinjaman ASB. Duit pinjaman ini akan digunakan untuk membeli unit dalam unit trust ASB.

Tentang Loan ASB ini juga ada beberapa pendapat. Ada yang kata ianya memberi keuntungan lumayan sehingga ada beberapa kelas teknikal untuk memanipulasi loan ASB ini supaya memberi lebih keuntungan kepada peminjam.

Ada juga yang kata loan ASB tidak menguntungkan pelabur ataupun memberi keuntungan yang tak seberapa. Malah yang lebih membuat keuntungan adalah pihak bank yang menawarkan loan tersebut.

profit and loss account

melabur dengan ASB untung atau rugi

Analisa Loan ASB

Ini adalah analisis yang dibuat oleh seseorang yang saya terima daripada whatsapp. Sayang untuk saya abaikan sahaja analisa ini tanpa berkongsi di sini:

Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Contoh simpanan ASB …RM 100,000 yang terdiri daripada Deposit Tunai RM5,000 dan RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan pinjaman RM731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklankan, dividen akan diberi terus kepada anda.

Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan selepas 20 tahun, anda akan terima RM 100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Ada 2 cara yang dicadangkan oleh pihak bank semasa membuat promosi:

Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman

Hasil pengiraan: jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun)

Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7-8 tahun. Untung atau rugi?

Jika anda labur RM731 ke dalam ASB setiap bulan (tanpa mengambil loan) selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM 94,260. Campur deposit RM5,000 yang disimpan untuk 8 tahun juga, nilai pelaburan selepas 8 tahun adalah RM 8,590.

Total nilai pelaburan anda = 102,850. Dah lebih RM 100,000 dah.

Cara B – Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain bayar bulanan kepada loan bank.

Bagi pinjaman bank RM95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (harga kos)

Dengan dividen RM7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000

dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Anda Terima = RM 240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM240,000 dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 sahaja.

Untung pada mata kasar = RM 64,641

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi = RM383,018.

Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.

Nilai Pelaburan jika anda melabur dengan duit sendiri = RM 383,018

Nilai Perolehan jika anda ambil pinjaman = RM 240,000 (-)

Kehilangan Untung ==> RM 143,018 (loss of potential gain)

Siapa yang untung sebenarnya?

==> Bank

Dengan modal pinjaman RM95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.

Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Siapa yang rugi sebenarnya?

==> Anda

Sepatutnya anda boleh untung RM143,018, tetapi anda cuma untung RM64,641 sahaja apabila guna ASB loan. Bank yang untung lebih RM80,000. Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri

Pendapat Caknawang

Saya menggunakan blockquote untuk analisa di atas kerana bukan saya menulis dan membuat analisa tersebut. Tetapi apabila dibaca saya memang setuju sangat dengan analisa ini.

Lagipun disiplin dalam melabur di unit trust seperti yang digariskan oleh FIMM adalah anda amat tidak digalakkan untuk melabur menggunakan duit pinjaman.

financial freedom

kecapi kebebasan kewangan dengan unit trust

Cadangan caknawang

Disebabkan ada unit trust lain yang memberi keuntungan tahunan secara purata melebihi ASB, ada baiknya jika anda membuka akaun dana unit trust tersebut dan melabur secara tetap setiap bulan untuk mendapat keuntungan yang sepatutnya tanpa perlu pening kepala.

Untuk mendisiplinkan diri anda boleh membuat potongan bank daripada simpanan anda secara bulanan.

Nasihat percuma

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi sahaja untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang pilihan-pilihan pelaburan unit trust yang boleh memberi potensi pulangan yang lebih tinggi.

Oh ya. Penerangan saya adalah percuma ya. Jangan teragak-agak untuk hubungi saya.

27,261 total views, 0 views today

Show Comments

5 Comments

  1. Pingback: Komisen Unit Trust Ada Riba' | Cakna Wang 17 January, 2015
  2. Hambalee Abu Hassan 1 March, 2015
    • Ishak Ismail 4 March, 2015
  3. Mek ila Jual Vitamin 1 April, 2015
    • Ishak Ismail 7 April, 2015
  4. CN 12 January, 2016

Leave a Reply