2
9

Medical Card, Kalau Tak Ada Zaman Sekarang Ni Memang Parah La…

Salam… Siapa yang belum ada medical card ataupun Kad Perubatan. Tak kisah la company apa pun. Janji medical card.

Haaa.. Siapa yang belum ada kad perubatan ni memang agak naya di zaman serba mahal sekarang. Kos perubatan pula kalau kita tengok bukannya bertambah murah. Kalau harga tu stay sama setiap tahun pun dah kira beruntung…!

Tapi ini tidak… Kos perubatan kalau anda tengok trendnya dari taun ke tahun memang tak pernah menurun ataupun di tahap yang sama. Kosnya memang akan sentiasa naik.

Dengan kos-kos hidup yang lain pun turut naik, ia jelas menjadi satu bebanan buat kita.

Cuba anda bayangkan… Anda tiada medical card. Tiba-tiba anda sakit yang memerlukan anda dimasukkan ke wad untuk rawatan, apa anda nak buat? Kat mana nak cekau duit untuk kos perubatan.

Anda ada simpanan yang mencukupi untuk ini? Kalau ada bagus la.. Cuma berapa kerat jer daripada kita yang ada duit simpanan yang dikhaskan untuk kos perubatan. Ya… Tak ramai..!

Jadi cara terbaik dan paling bijak ialah kita membayar secara bulanan, 3 bulan sekali, 6 bulan sekali, setahun sekali ataupun secara lump sum, kos takaful yang khas untuk cover kos perubatan kita jika kita dimasukkan ke wad ataupun menerima rawatan yang ditanggung mengikut terma dan syarat.

Ya.. anda terpaksa mengeluarkan satu jumlah pembayaran (lebih tepat jika dipanggil sumbangan jika pelan takaful) secara berkala kepada pihak takaful untuk kekal sebagai ahli takaful dan layak menerima perlindungan jika terkena musibah berupa sakit dan sebagainya.

sumbangan ini bukanlah sumbangan semata-mata. Ia ada nilai simpanan berserta sedikit elemen pelaburan.

Pendek kata ia seperti pelan 3 dalam satu. Sumbangan takaful + Simpanan + pelaburan.

Ramai yang dah menerima manfaat takaful perubatan ataupun medical card ni termasuk saya. Anak saya pernah dimasukkan ke hospital pakar akibat terkena measel (campak). Dia memerlukan bilik yang berasingan unttuk mencegah penyakit daripada merebak. Dengan hanya tinggal 3 hari sahaja, kos sudah meroket menjadi RM9 ribu lebih.

Saya memang tiada simpanan yang banyak untuk perubatan. Yang ada hanyalah simpanan untuk kecemasan. Jika boleh simpanan ini tak nak lah diganggu.

Nasib baik saya ada ambil takaful perubatan untuk anak bongsu saya. Segalanya ditanggung tanpa saya mengeluarkan sesen pun duit poket sendiri. Dah la sepanjang waktu sakit tu, kami diberi bilik yang luas dan selesa seperti bilik hotel. Tunggu anak pun rasa tak mengganggu kerja sangat sebab kat bilik ada meja dan sofa. Siap ada sambungan Wi-Fi lagi.

Sebenarnya kad perubatan ini bukanlah penyelesaian kes perubatan yang menyeluruh. Ia hanya menanggung kos jika kita dimasukkan ke wad dan hanya untuk penyakit yang disenaraikan.

Masalahnya macamana jika kita sakit tetapi tidak dimasukkan ke wad. Kita hanya dirawat sebagai pesakit luar sahaja. Dan kita terpaksa berluang saban bulan untuk mengambil ubat di hospital. Adakah takaful juga menaggung kes sebegini.

Jawapannya… Jarang sekali syarikat takaful yang memasukkan kes sebegini di dalam senarai yang ditanggung mereka. Mungkin ada.. Tetapi hanya segelintir daripada syarikat yang terpilih sahaja. Dan biasanya kes begini bayaran sumbangannya agak tinggi berbanding kes biasa.

Banyak kes begini ditanggung oleh takaful yang diambil oleh syarikat tempat kita berkerja. Syarikat biasanya akan membuat permintaan khas (custom made) untuk pelan takaful yang akan diberikan kepada para pekerjanya.

Saya bangkitkan hal ini ialah kerana ia dah berlaku kepada saya. Anak bongsu saya ada penyakit kulit Ekzema. Cara merawat ekzema ini (sama seperti psoriasis) agak rumit.

Kulit pesakit ekzema akan sentiasa kering dan gatal serta tidak selesa. Ia sentiasa memerlukan krim pelembab untuk mengelakkan kulit menjadi kemerahan dan gatal. Jika gatal, anak akan menggaru dan ia akan diakhiri dengan luka melecet akibat aktiviti menggaru ini.

Anak saya serasi dengan krim dan losyen jenama QV. Jenama ini bagus kerana ia tidak mengandungi steroid yang boleh menyebabkan kulit anak kecil menjadi nipis dan rosak selnya.

Anak saya memerlukan banyak krim dan losyen dalam sebulan. Dengan isipadu yang sedikit sudah tentu ia akan cepat kehabisan kerana krim dan losyen ini sentiasa disapu selang 1-2 jam untuk menjaga kulit supaya tidak gatal dan merengsa.

Jadi setiap bulan sekurang-kurang 4 -5 botol kecil QV saya perlukan untuk anak saya. Untuk krim muka dan leher, doktor cadangkan kami menggunakan krim berjenama Protopic. Bekas sangat kecil. Walaupun kami gunakan secara berjimat, namun dengan bekas sekecil jari kelingking, lama mana sangat la ia mampu bertahan sebelum kehabisan.

Kos QV krin jika dibeli di farmasi luar adalah sekitar RM60. Kos protopic pula hampir mencecah RM200 stu tiub kecil. Sebenarnya dalam sebulan kami terpaksa mengeluarkan kos hampir RM1 ribu juga untuk krim-krim ini.

Tapi nasib baiklah majikan isteri saya menanggung semua ni dibawah medical card yang diberi kepada pekerjanya. Yang ni memang saya menarik nafas lega..!

Jadi, kepada yang belum ada medikal card, anda seharusnya cepat bertindak. Pergi cari syarikat takaful yang boleh memenuhi keperluan perubatan anda dan seisi keluarga. Sumbanglah secara bulanan untuk ketenangan fikiran.

Yang paling saya nak pesan… Carilah kad perubatan takaful. Sebab ianya bebas daripada unsur gharar (ketidaktentuan), maisir (judi) dan riba (interest yang diharamkan).

Ikuti cara memilih pelan takaful di entri saya yang akan datang.

Sehingga berjumpa di entri seterusnya.

2,733 total views, 9 views today

Show Comments

One Response

Leave a Reply