1

Manfaat Takaful Semasa Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Prospek dan client saya selalu berseloroh mengatakan yang perlindungan takaful ini hanya dapat bila kita meninggal dunia ataupun cacat kekal.

“Kita bayar penat-penat, bila mati anak isteri juga yang dapat”, itu antara gurauan mereka. Di sebabkan ini juga mereka agak tidak berminat dengan simpanan dengan takaful.

Saya selalu tersenyum bila mendengar kenyataan begini. Ini kerana saya rasa mereka gagal melihat objektif untuk jangka masa panjang walaupun berkali-kali saya menerangkan.

Namun begitu, sebenarnya ada manfaat-manfaat takaful ini boleh kita nikmati semasa hidup. Dan manfaat-manfaat ini boleh kita kecapi sendiri sebelum mati.

Antaranya ialah:

1. Manfaat Hospital Cash

Manfaat ini kita nikmati bilamana kita dimasukkan ke hospital. Dengan menyertakan sekali manfaat (rider) ini kepada pelan asas takaful kita akan mendapat elaun harian bila kita dimasukkan ke wad. Amaun elaun harian ini boleh dipilih semasa kita mula menandatangani kontrak takaful. Tinggi elaun yang dipilih akan tinggi jugalah sumbangan takaful (premium).
2. Medical Kad

Kad perubatan ini amat berguna dan hampir menjadi satu kemestian pada masa sekarang ini (pada pandangan saya). Ini adalah kerana kos-kos perubatan meningkat naik saban tahun. Baru-baru ini juga ada berita di akhbar mengatakan bahawa kementerian perubatan sedang mengkaji semula kos-kos perubatan dan kemungkinan besar kadar kosnya akan dinaikkan pada tahun hadapan.

Kad perubatan ini akan memudahkan kita untuk urusan masuk keluar hospital jika dimasukkan ke wad.

Walaupun ada syarikat-syarikat besar yang memberikan benefit hospital kepada pekerjanya, namun kebiasaannya jumlahnya tidak tinggi. Tambahan pula benefit ini akan secara otomatik ditarik balik apabila pekerja berhenti ataupun bertukar syarikat.

Satu lagi yang menjadi masalah ialah kebiasaannya sakit akan lebih kerap mengunjungi kita apabila kita sudah berada di penghujung karier bermula selepas umur 40 tahun ataupun selepas kita kita bersara. Masa itu benefit perubatan oleh syarikat sudah tiada. Jika pada masa itu kita baru terkial-kial mencari kad perubatan, kita akan menghadapi 2 masalah:

  • permohonan untuk mendapatkan kad perubatan akan ditolak kerana tahap kesihatan kita sudah tidak mengizinkan syarikat takaful meluluskan permohonan kita
  • permohonan kita masih lagi diterima, TETAPI amaun sumbangan (premium) amat tinggi kerana faktor umur yang sudah lanjut

Sebab itulah saya berpendapat kad perubatan ini adalah amat perlu diambil sekarang.

3. Manfaat Sakit Kritikal

Manfaat ini akan dibayar oleh takaful apabila peserta pelan takaful keluarga mendapat sakit kritikal yang dinyatakan didalam pelan/polisi.

4. Manfaat Simpanan

Manfaat ini akan diperolehi apabila kita tidak meninggal dunia sehingga tempoh pelan tamat. Duit simpanan ini boleh lah digunakan untuk perbelanjaan di masa tua.

Memang betul banyak manfaat yang hanya boleh didapati hanya apabila peserta mati. Tapi itu DULU. Masa itu industri takaful masih baru di negara kita. Banyak manfaat/riders yang belum ada.

Sekarang pelan takaful sudah menyamai pelan insurans convensional. Perlindungannya sudah komprehensif. Ini kerana hampir semua syarikat insurans konvensional sudah mendapat lesen takaful. Ini menjadikan persaingan lebih sengit. Kesannya kepada orang ramai, produk-produk takaful menjadi lebih menyeluruh dengan sumbangan yang rendah.

Jadi, sekarang sudah tiada sebab kita sebagai ummat Islam tidak mengambil pelan takaful. Disamping kita boleh lari dari unsur-unsur Riba, Gharar dan Maisir di pelan insurans konvensional, kita juga dapat menanbah pahala dengan menyertai pelan takaful. Ini kerana pelan takaful berasaskan konsep tolong menolong sesama peserta.

Wallahua’lam

5,015 total views, 2 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply