8

Kepentingan Membuat Perancangan Kewangan Sedari Awal

simpanan awal

menyimpan lah sedari awal

Hidup kita penuh ketidak tentuan. Ianya penuh dengan risiko, samada risiko dari segi kewangan, perasaan atau mental maupun fizikal. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku di masa hadapan.

Tiada siapa yang boleh memberitahu dengan tepat bila dia akan mati, apakah keadaan ekonomi di masa hadapan, bagaimana keadaan dirinya dan keluarganya di masa akan datang dan sebagainya.

Oleh kerana itu, kita harus beringat-ingat. Sediakan payung sebelum hujan. Perkara ini amat penting dalam kehidupan kita sehingga ia disebut di dalam hadith dan Al Quran.

Ada satu hadith yang menyebut tentang perkara ini:

Hadis Rasulullah s.a.w :

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Dalam Al Quran juga Allah telah memberi pengajaran tentang pentingnya beringat-ingat ini. Di dalam surah Yusuf Allah mengajar tentang kepentingan membuat persediaan awal melalui mimpi nabi Yusuf dengan cara menyimpan hasil tuaian gandum untuk persediaan di musim yang akan tiba di mana musim tersebut adalah musim kemarau yang susah untuk mendapatkan gandum.

Begitu juga di dalam konteks perancangan kewangan. Perancangan kewangan sedari awal amatlah penting.

Kenapa kita harus merancang seawal mungkin?

Ada 3 sebab utama mengapa perkara ini amat penting:

Sebagai persediaan di masa susah yang kita tidak tahu bila akan berlaku

Perancangan seperti mengambil pelan takaful untuk perlindugan diri, keluarga dan harta benda harus disegerakan kerana musbah yang akan terjadi tanpa kita menyedari bila masanya.

Perancangan simpanan dan pelaburan harus dimulakan dengan kadar yang segera sebagai persediaan di kala keadaan mendesak kita menggunakan jumlah wang yang besar seperti perbelanjaan perkahwinan anak, perbelanjaan anak melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

Jika sedari awal kita sudah ada kesedaran untuk menyimpan wang dan melabur, duit yang diperlukan sudah banyak terkumpul di dalam simpanan kita. Jadi perkara-perkara yang dijangka dan tidak dijangka di dalam hidup yang melibatkan jumlah wang yang agak besar dapat kita selesaikan.

 

Melawan kesan inflasi

Inflasi ibarat api di dalam sekam. Ibarat anai-anai di dalam kayu. Zahirnya nampak elok tetapi di dalamnya telah rosak. Inflasi adalah virus kepada duit simpanan.

Apakah inflasi?

Maksud inflasi dalam bahasa orang kebanyakan ialah kenaikan harga barang. Ia akan menyebabkan nilai wang kita sekarang tidak sama dengan nilainya pada amaun yang sama di masa akan datang.

Duit yang disimpan tidak boleh lari daripada kesan inflasi. Ini kerana ia berkait rapat dengan ekonomi sesebuah negara.

Jadi untuk melawan ataupun meminimakan kesan inflasi ke atas duit kita, kita mesti mencari simpanan berserta pelaburan yang kadar pulangannya lebih tinggi daripada kadar inflasi. Lagi bagus jika kadar pulangan pelaburan tadi melebihi 2 kali ganda daripada kadar inflasi.

Contohnya jika kadar inflasi adalah 4%, kadar pulangan sebaik-baiknya adalah lebih daripada 8%. Barulah kuasa membeli kita di masa akan datang tidak berkurangan.

Mengambil peluang ke atas kesan compounding return ataupun compounding interest

Apa yang dimaksudkan dengan compound return ni?

Dalam bahasa mudah ia dapat dijelaskan dengan maksud keuntungan yang diperolehi diatas keuntungan terkumpul bersama-sama modal pokok. Ia akan bertambah banyak dari tahun ke tahun.

Contohnya:

Anggapan:
Pelaburan permulaan: RM1000
Kadar pulangan setiap tahun: 10%

Tahun 1
Pulangan dalam RM: RM100 (pengiraan: 1000 X 10%)
Keuntungan berserta modal pokok: RM1100 (pengiraan: 1000 + 100)

Tahun 2
Pulangan dalam RM: RM110 (pengiraan: 1100 X 10%)
Keuntungan berserta modal: RM1210 (pengiraan: 1100 + 110)

Taahun 3
Pulangan dalam RM: RM121 (pengiraan: 1210 X 10%)
Keuntungan berserta modal: RM1331 (pengiraan: 1210 + 121)

Begitulah tahun-tahun seterusnya.

Ia adalah keuntungan yang dijana daripada keuntungan yang dibuat bercampur dengan modal permulaan. Proses ini akan terus berjalan daripada tahun ke tahun selagi kita menyimpan di dalam dana tersebut.

Jadi jika kita bermula awal, maka akan semakin banyaklah keuntungan yang dapat dijana dengan kesan compounding return ini.

Semakin tinggi kadar pulangan tahunan maka semakin tinggilah keuntungan kita di dalam jangkamasa panjang.

Demikianlah kepentingan membuat perancangan kewangan sedari awal.

Jom kita membuat simpanan dan pelaburan dengan segera. Untuk penerangan lanjut sila hubungi Financial Consultant anda.

12,032 total views, 7 views today

Show Comments

4 Comments

  1. Butik Blouse Muslimah 8 January, 2014
  2. syukur 22 September, 2014
    • Ishak Ismail 23 September, 2014

Leave a Reply