Kenapa Tidak Mahu Menjadi Unit Trust Consultant – Part 2

Malu biarlah bertempat

Antara alasan yang agak lazim dan “glamer” yang diberikan oleh prospek untuk menolak peluang untuk menjadi Unit Trust Consultant ialah MALU.

Memang benar jika seseorang mempunyai sifat malu, memang agak sukar untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant yang berjaya. Ada kata-kata hikmah oleh unit trust consultant sedia ada: “tebal muka, maka teballah poket”. Ini bermakna jika kita buang perasaan malu kita, maka insyaAllah income kita di dalam bisnes ini pun akan banyak.

Sebenarnya orang yang malu untuk membuat bisnes adalah orang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Malu bukan sepatutnya diletakkan pada tempat untuk membuat bisnes. Malu sepatutnya diletakkan pada perbuatan yang mengundang dosa. Sebab itulah ada kata-kata (saya kurang pasti samada ini hadith ataupun tidak): “Malu itu adalah sebahagian daripada iman”. Maksudnya di situ adalah malu untuk membuat dosa.

Adapun malu untuk membuat bisnes yang akan memberikan pulangan kepada kita dalam bentuk pendapatan yang akan digunakan untuk menyara diri kita dan keuarga kita adalah amat tidak patut. Sesiapa yang mempunyai sifat malu sebegini biasanya susah untuk maju.

Saya pernah bertanya kepada seorang Unit Trust Consultant yang baru memulakan karier sebagai Unit Trust Consultant ini setelah beliau bersara dari pekerjaannya di FELDA.

Saya tanya: “Haji tidak malukah di dalam usia begini menjadi unit trust consultant. Dulu pun pangat Haji adalah pengurus FELDA”

Haji jawab: “Apa nak kisah jika malu itu yang akan memberi saya wang untuk saya menyara keluarga saya. Lagipun perkara yang kita rasa malu yang dibuat setiap hari akan hilang malunya lama kelamaan. Jadi rasa malu itu sudah tiada dalam diri saya”

Saya menyokong penuh kenyataan Haji tersebut. Malu ini sifatnya sementara. Ia akan dapat diatasi apabila kita melakukannya berulangkali. Dan ia akan lebih cepat hilang jika kita sedar apa tujuan kita buat bisnes ini. Kita sedar kerja kita memberi pendidikan kepada orang ramai terutama dalam bidang perancangan kewangan Islam amat lah penting untuk mereka demi mengelakkan mereka terjebak ke dalam urusniaga ataupun transaksi yang melibatkan RIBA’, GHARAR, dan MAISIR. Kita sedar kerja kita kerja mulia. Kita sedar kerja kita kerja dakwah. Kita sedar kerja kita jika disertai niat kerana menegakkan mualamat Islam akan mendapat keredhaan Allah.

Kita juga sedar kerja kita ini di samping mendapat habuan di akhirat dapat juga habuan di dunia dengan pulangan pendapatan yang tinggi.

Apabila kita sedar akan tugas kita ini nescaya malu hanya akan datang sekejap sahaja. Apabila malu hilang ia akan digantikan dengan KEPUASAN HATI yang sukar digambarkan kerana kita berjaya menolong orang untuk merencanakan kewangan mereka disamping menghindari daripada elemen Riba, Gharar dan Maisir. Kita juga bangga kerana kita juga dapat merencanakan kehidupan kita sendiri dengan pendapatan yang agak lumayan.

Ayuh kawan-kawan…! Hilangkan perasaan malu. Sertailah kami di Synergy Khalifs Advisor sebagai Islamic Unit Trust Consultant. Sila hubungi saya.

Wassalam.

12,342 total views, 11 views today

Show Comments

Leave a Reply