Kenapa Tidak Mahu Menjadi Unit Trust Consultant – Part 1

gambar salesman

Jom jadi Unit Trust Consultant

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menjadi Unit Trust Consultant (UTC) mempunyai banyak kelebihannya. Diantaranya dapat menjana pendapatan tanpa had dan sejajar dengan usaha kita, dapat menikmati kenaikan pangkat dalam masa yang cepat, dapat melancong ke luar negara dengan pakej 5 bintang, mempunyai “passive income”/pencen semasa sedang berkerja dan lain-lain kelebihan lagi.

Akan tetapi apabila kelebihan ini dibentangkan kepada prospek, ada yang tidak nampak kelebihan ini. Mengapa ya?

Salah satu daripada alasan yang biasa diberikan oleh prospek ialah kerja UTC ini ialah kerja sales. Dan mereka mengatakan mereka tidak suka buat kerja sales. Apabila ia melibatkan kerja sales, apa yang terbayang di mata mereka ialah target/sasaran jualan yang tinggi, terpaksa mencari orang untuk membeli produk kita, terpaksa berkerja di luar, terpaksa “entertain” client dan sebagainya.

Saya biasanya akan tersenyum apabila mendengar alasan ini. Sudah biasa sangat saya dengar alasan ini semenjak 8 tahun saya di dalam bidang ini.

Memang tidak dapat dinafikan kita akan suka dan bersemangat untuk berkerja apabila membuat kerja yang kita suka. Tetapi sebelum menghukum dan menganggap kerja sales ini sesuatu yang tidak disukai, saya ingin bertanya, adakah kita sudah mencuba kerja yang melibatkan sales sebelum ini? Jika belum dan kenyataan itu hanya persepsi semata-mata saya rasa tidak boleh diambil kira. Jika sebelum ini kita sudah berada di bidang sales, kena periksa semula apakah produk atau servis yang ditawarkan. Dengan syarikat manakah kita berkerja?

Saya pun dulu menganggap kerja sales ini tidak seronok. Selepas saya menamatkan pengajian di universiti saya banyak menghadiri temuduga. 80% kerja yang saya berjaya dapat adalah kerja yang melibatkan sales. Akhirnya demi inginkan sebuah pekerjaan, saya terima juga kerja sales iaitu sebagai marketing executive di sebuah syarikat pembuatan makanan kepunyaan bumiputera.

Oleh kerana gaji yang agak kecil, saya terpaksa menimbangkan untuk berhijrah setelah ditawarkan kerja sebagai Financial Executive di Maybank. Di sinilah saya diberikan latihan secara formal dan intensif bagaimana untuk menjadi seorang jurujual yang berjaya.

Bermula dari sinilah saya mula menyukai kerja yang melibatkan sales.

Sebenarnya semua orang dikurniakan oleh Allah bakat untuk buat sales. Bakat tersebut sudah ada sedari bayi lagi. Lihat saja bayi yang akan menangis dan merengek apabila lapar dan inginkan susu. Lihat sahaja anak kita merayu dan memujuk kita supaya dibelikan ais krim kesukaan mereka. Ingatkah kita macamana kita berusaha memikat awek kita (yang sekarang mungkin sudah menjadi isteri) untuk menawan hatinya?

Tuan-tuan, itu lah sales process. Proses untuk memenangi hati pelanggan supaya percaya dengan kita dan pihak syarikat seterusnya membeli produk ataupun servis yang ditawarkan oleh kita.

Maknanya kerja sales ini adalah kerja yang normal yang kita buat setiap hari. Cuma dalam kes menjadi Unit Trust consultant ini, kerja yangbiasa kita buat itu kita buatkan ia jadi formal. Kita buatkan ia menjadi kerja kita. Dan kita dibayar gaji dengan kerja sales kita itu.

Rasulullah diutuskan kepada ummatnya untuk dijadikan contoh. Kehidupan Rasulullah adalah kehidupan yang wajib kita ikuti dan contohi. Dan Rasulullah seorang peniaga. Rasulullah seorang salesman yang sangat jujur. Dan Rasulullah pernah bersabda bahawa 9 daripada 10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan.

Jadi kenapa kenapa kata tidak kepada kerja yang melibatkan sales umumnya, dan menjadi unit trust consultant khasnya. Kita cuma “apply”kan skill dan kemahiran yang sudah kita ada. Cuma kita perlu selaraskan ia dengan produk dan servis yang kita tawarkan.

Apa yang perlu anda buat adalah ubah mindset anda. Jangan rasa yang buat kerja sales ini hina. Kerja yang tak ada kelas. Adakah kerja yang pernah dibuat oleh rasulullah tiada kelas? Tidak! Mesti ada sebab Allah utuskan rasulullah sebagai peniaga.

Kerja ini kerja yang mulia sebenarnya. Kita mengajar dan mengajak orang ramai supaya merancang kewangan mereka. Kita menolong mereka mengenal pasti yang mana muamalah Islam dan yang mana sistem konvensional. Kita menolong investor mencapai impian kewangan mereka dengan merancang pelaburan mereka. Kita menolong consultant yang baru bertatih supaya mereka juga menjadi consultant yang hebat yang mempunyai pendapatan yang banyak.

Itulah kerja Unit Trust Consultant. Menolong orang mencapai kebebasan kewangan di samping menolong diri sendiri mencapai impian hidup.

sales rasulullah

15,853 total views, 7 views today

Leave a Reply