7

Kenapa Perlu Ada Medical Card – Bahagian 1

mygenmedic atau kad perubatan takaful malaysia

Medical Card ini menawarkan perlindungan perubatan serendah RM500K sehingga RM2 Juta.

Medical Card di zaman sekarang sudah seperti satu keperluan. Ramai yang sudah sedar akan kepentingannya. Kepada yang masih tertanya-tanya kenapa perlu ada medical card ataupun kad perubatan, penerangan selanjutnya adalah salah satu sebab yang kukuh.

Kos perubatan yang tinggi merupakan sebab utama kenapa perlu ada medical card. Kos perubatan ini sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

Jadi untuk persediaan kita di masa kita mungkin terkena penyakit ataupun kemalangan yang terpaksa dimasukkan ke hospital, mempunyai medical card adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

Kos perubatan yang tinggi sudah pasti akan menyusahkan kita. Pasti juga akan menjejaskan perancangan kewangan yang telah kita bina sejak sekian lama.

Saya bagi contoh:

Si A mempunyai simpanan ataupun pelaburan yang dibina sejak 10 tahun yang lalu. Simpanan RM200 sebulan itu sudah berkembang menjadi RM28,000 setelah dikira dengan dividen tahunan dan sebagainya.

Si A tiada simpanan yang lain lagi namun mempunyai sebuah kereta yang dibeli sejak 3 tahun yang lalu. Juga memiliki sebuah rumah.

Pada suatu hari Si A didapti mengidap kanser. Kos perubatan awal yang terpaksa ditanggung adalah RM30,000.

Apabila melihat angka tersebut, yang pasti terlintas di dalam kepala si A ialah keluarkan simpanan yang dibuat sejak 10 tahun yang lepas. Nak jual kereta akan mengambil masa yang lama dan harga pun semakin jatuh. Kereta tu pula amat penting untuk kegunaan ke tempat kerja dan sebagainya. Rumah pula harta yang amat berharga dan tak mungkin akan dijual.

Akhirnya dana simpanan tersebut dikeluarkan kesemuanya untuk menyara kos perubatan. Hasil dan penat lelah menyimpan selama 10 tahun habis dalam sekelip mata.

Itulah kisahnya jika tiada persediaan memiliki medical card.

Dengan adanya medical card, ia akan digunakan untuk urusan perubatan penyakit kanser itu. Dengan caruman minimum RM150 sebulan yang juga akan menjadi simpanan kita di masa hadapan, si A akan dapat membayar kos perubatan dengan hanya menggunakan perlindungan yang ditwarkan oleh medical card tersebut.

10,575 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply