Kenapa Mesti Kacau Pelanggan Consultant Yang Lain?

no ethicAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya tidak nafikan bahawa ada persaingan yang sengit diantara consultant unit trust sendiri untuk mendapatkn pelanggan. Persaingan ini bukan sahaja daripada syarikat unit trust yang berlainan malah diantara consultant sesama syarikat juga.

Ini terjadi kerana sasaran pasaran (target market) adalah di segment yang sama. Ini boleh terjadi apabila consultant sedang bekerja atau pernah berkerja di satu-satu syarikat/tempat itu. Mungkin kawan-kawan consultant A juga adalah kawan-kawan si  B.

Persaingan ini sesuatu yang sihat sebenarnya. Consultant yang ingin berada selangkah kehadapan mestilah mempunyai keistimewaan yang lebih daripada consultant yang lain. Di sinilah consultant mesti menjadikan dirinya unik dan istimewa di pandangan mata prospek.

Namun yang tak sihatnya apabila berlaku “pancung memancung” pelanggan. Si A mencadangkan kawannya yang telah melabur dengan si B supaya menjual Unit Trustnya dengan B dan menyambung pelaburan seterusnya dengannya. Banyak taktik-taktik yang digunakan. Di antara taktik-taktik ataupun idea-idea yang sering digunakan oleh consultant ini ialah :

  • consultant dulu tidak servis ataupun tidak monitor akaun pelanggan kerana tiada aktiviti switching dilakukan
  • consultant yang dulu salah bagi dana
  • consultant dulu tidak bagi “free gifts”
  • consultant dulu adalah part-timer, susah untuk servis
  • dan lain-lain

Pada pandangan saya consultant yang “mencuri” pelanggan consultant lain adalah amat tidak beretika. Jika ditanya kepada consultant itu kenapa kamu curi pelanggan orang lain, jawapan yang kita akan dapat ialah: “itu adalah pilihan pelanggan itu, apa saya boleh buat…”. Memang betul final decision dibuat oleh para pelanggan, dan mereka ada hak dan bebas untuk memilih mana-mana consultant yang mereka rasakan sesuai untuk mengurus urusan pelaburan mereka, tetapi jika consultant tadi tidak menghasut, pelanggan tidak akan bertukar consultant.

Sebenarnya setiap consultant ada idea dan cara masing-masing untuk memberi cadangan pelaburan kepada pelabur/pelanggan. Ini termasuklah perancangan jangkamasa sederhana dan panjang dengan mengambil kira objektif pelaburan pelanggan, profail risiko pelanggan dan lain-lain. Tetapi semua perancangan jangkamasa sederhana dan panjang tadi akan musnah jika ada consultant baru yang datang menghasut supaya menghentikan pelaburan dengan consultant dulu dan memilihnya sebagai consultant yang baru.

Dana yang dipilih pada masa pelanggan mula-mula memulakan pelaburan dulu mungkin satu dana yang bagus prestasinya pada masa itu. Tetapi sekarang dana tersebut mungkin perlahan pergerakannya. Tetapi adakah itu bermakna consultant mencadangkan dana yang tidak bagus? Tidak sebenarnya. Memang menjadi lumrah prestasi dana adakalanya turun dan adakalanya naik. Ini adalah kerana sebahagian besar wang pelanggan yang memilih dana agresif dan seimbang dilaburkan ke dalam pasaran saham. Namun jika dibiarkan dalam jangkamasa yang ditetapkan (3-5 tahun) secara puratanya mungkin pulangan masih juga agak tinggi.

Jadi, jangan kacau pelanggan orang lain. Walaupun orang itu adalah kawan kita sendiri. Beralih kepada prospek yang lain. Ramai lagi di luar sana yang maukan pelaburan dan servis dari kita. Kenapa harus diganggu pelan perancangan kewangan yang telah dibincang bersama conusltant yang dulu.

Wahai unit trust consultant, jadilah seorang unit trust consultant yang profesional…

Wallahua’lam.

Posted from WordPress for Android

7,398 total views, 2 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: