Kenapa Aku Kurang Buat Entri Tentang Unit Trust Sekarang?

unit trust investment scheme1.jpg

Ada pembaca blog Synergy Khalifs Advisor (SKA) bertanya kenapa aku sekarang banyak buat entri tentang Takaful dan kurangkan entri tentang Unit Trust (unit amanah saham).

Sebenarnya untuk menjaga kepentingan pelabur, Security Commision (SC) yang bertanggung jawab mengawal selia industri unit trust telah membuat satu undang-undang ataupun panduan iaitu sebarang promosi tentang unit trust tidak boleh dibuat secara online.

Panduan ini sebenarnya telah lama dikeluarkan oleh SC sebenarnya iaitu pada 19 Ogos 2008 lagi. Panduan tersebut menyatakan tentang penggunaan internet atau perantara eletronik yang lain untuk memasarkan, mempromosikan, mengedarkan ataupun memberi informasi berhubung dengan skim pelaburan kolektif dan Penyedia DalamTalian (online provider) bermaksud seseorang yang yang dibenarkan untuk memberi sebarang kemudahan untuk transaksi dalam talian ataupun aktiviti dalam talian berhubung dengan unit trust hanya terhad kepada individu-individu berikut:

a) Syarikat-syarikat Pengurusan Unit Trust

b) IUTA (Institutional Unit Trust Adviser) iaitu institusi penasihat unit trust yng berdaftar dengan SC

c) entiti-entiti lain yang diputuskan oleh SC dengan syarat-syarat dan terma-terma yang tertentu.

Jadi, mengikut garis panduan ini, unit trust consultant dilarang daripada membuat sebarang aktiviti pemasaran produk unit trust di dalam blog peribadi, laman web peribadi, Facebook dan/atau sebarang perantara eletronik yang lain termasuk emel. Ini juga termasuk prospektus eletronik, Helaian Fakta Dana, ikon dana dan visual, kenyataan akhbar berkaitan dana, banner di laman web, Provident Fund material dan kata kunci, ataupun iklan pop-up yang mana berhubung terus kepada satu atau lebih dana.

Kesalahan melakukan perkara di atas dipandang serius oleh pihak pengurusan syarikat unit trust dan dianggap tidak patuh kepada panduan tersebut. Tindakan keras termasuk penamatan perkhidmatan akan dikenakan kepada UTC yang melanggar panduan tersebut.

Jadi apa yang aku boleh buat ialah hanyalah memberi kesedaran tentang pentingnya unit trust untuk menyempurnakan perancangan kewangan kita. Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi aku untuk sesi temujanji.

Jadi ini lah sebabnya kenapa aku jarang buat entri tentang unit trust sekarang.

5,511 total views, 5 views today

Show Comments

2 Comments

  1. cik tom 7 May, 2013
    • Ishak Ismail 8 May, 2013

Leave a Reply