Kenali Consultant Di Bawah Seliaan Agensi Anda

bos yang suka mengarah

Jangan jadi ketua agensi yang suka mengarah

Tugas ketua agensi agak mencabar. Terutama apabila kita sebagai ketua agensi hendak menyampaikan apa yang kita nampak di dalam industri ini kepada consultant seliaan kita.

Oleh sebab itu, approach kita dengan consultant hendaklah berbeza di antara satu sama lain. Ketua agensi mestilah kenal sifat consultant bawahannya. Setiap orang mempunyai sifat yang unik. Apabila sifat ini kita kenali maka ia akan memudahkan kita berkomunikasi dan menyampaikan hasrat kita kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka mudah nampak masa hadapan di dalam industri takaful dan unit trust seperti yang kita nampak.

beza antara leader dan bos

beza antara leader dan bos

Sifat consultant ini kita boleh perhatikan di dalam penampilan harian mereka. Untuk saya, saya menggunakan Formula Modal Insan untuk menilai dan mengetahui sedikit sebanyak sifat-sifat dan karektor mereka Setakat ini alhamdulillah, 70 – 80% sifat mereka data saya ketahui dengan tepat.

Secara amnya sifat consultant ini ada bermacam-macam ragam. Ada yang:

  • kena selalu berdampingan dengan kita,
  • ada yang selalu kena bagi motivasi,
  • ada yang independent tanpa perlu pemerhatian,
  • ada yang sememangnya sudah bermotivasi dan tidak perlu diberi motivasi lagi.

Saya tergolong di dalam kategori yang terakhir. Malah jika perkara (motivasi) yang sama diberikan kepada saya, minda saya akan menolak.

Orang jenis ini jika terlalu banyak suruhan dan motivasi yang diberikan, keputusannya akan menjadi lagi semakin kurang produktif. Di dalam ilmu Formula Modal Insan, sifat orang sebegini diwakili oleh nombor 7, 8 dan 9.

Jadi, sebagai ketua agensi approach yang digunakan amat penting untuk motivasi setiap consultant. Kenai mereka. Gunakan approach yang mereka suka.

Kursus Affiliate

Penggunaan Whatsapp dan FB group kedang-kadang tidak sesuai digunakan untuk memberikan motivasi kepada consultant seliaan kita. Ini adalah kerana semua mereka yang berada di dalam group tersebut mewakili sifat dan karektor yang tersendiri.

Namun, pengumuman dan nasihat serta motivasi secara umum boleh menggunakan group tadi untuk menjimatkan kos dan masa.

Wassalam

6,976 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply