5

Kena Muhasabah Diri, Jangan Asyik Salahkan Sekeliling

Penyakit salahkan orang lain dan sekeliling

Penyakit salahkan orang lain dan sekeliling

Semalam saya menerima mesej Whatsapp daripada seorang rakan. Beliau pernah mendaftar sebagai consultant di bawah agensi takaful saya suatu ketika dahulu.

Masih teringat sewaktu beliau ingin mendaftar dulu. Diceritakan bahawa syarikat Takaful yang beliau sertai sebelum ini tidak memberikan apa yang dia mahukan. Tiada latihan yang mencukupi untuk consultant di bawah seliaan, komunikasi antara cosultant dan ketua unit yang lemah dan bermacam-macam lagi.

saya hanya mendengar dan reserve komen saya tentang perkara-perkara yang diluahkan tersebut. Saya nak tengok dulu siapa yang betul. Agensi yang dihentam itukah atau diri sendiri?

Selama 6 bulan tiada satu polisi pun dihantar. Latihan agensi yang saya buat pun tidak dihadiri. Bila ditanya banyak pulak alasannya. Saya hanya tersenyum. Semacam jawapan yang saya cari sudah ditemui.

Nama beliau masa tu sudah berada di dalam senarai untuk ditamatkan kontrak sebagai consultant. Saya ada berbincang dengan beliau tentang ini. Beliau telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Selepas itu tiada kedengaran berita tentang beliau sehingga semalam.

Semalam beliau bertanya kepada saya syarikat takaful yang mana patut beliau sertai lagi. Menurut beliau selepas meletakkan jawatan dulu beliau sertai pula satu syarikat takaful lain. Menurut beliau lagi agensi syarikat takaful yang beliau sertai itu pun tak bagus. Tiada latihan agensi dan perkhidmatan agensi kepada consultant tidak memuaskan hati.

Memang menyinga juga saya mendengar komplen beliau kepada orang lain yang tak habis-habis tu. Saya pun keluarkan kenyataan saya,

“Akak, benda ni sebenarnya daripada diri kita sendiri. Kalau asyik salahkan orang lain dan keadaan sekeliling saja memang la diri kita yang ada masalah. Akak komplen-komplen ni, apa yang akak dah sumbangkan kepada agensi dan syarikat takaful tersebut? Berapa polisi dah yang akak berjaya submit? Be3rapa orang yang akak dah jumpa untuk perbincangan tentang perancangan kewangan untuk mereka?” Saya memulangkan paku buah keras kepada beliau.

Selepas itu saya mintak diri sebab saya nak drive. Lagipun saya rasa layan orang yang macam ni menghabiskan masa saya saja. Silap-silap haribulan aura negatif dia pulak yang saya serap.

Harapan saya agar kakak ni sedar dari lamunan. Sampai bila dia nak salahkan orang sebagai alasan dia tidak berjaya. Berapa ramai consultant yang saya jumpa (termasuk saya sendiri) yang tiada hubungan baik dengan agensi sendiri tetapi boleh berjaya.

jika asyik salahkan orang lain, tandanya kita belum betul-betul kenal diri kita sendiri

jika asyik salahkan orang lain, tandanya kita belum betul-betul kenal diri kita sendiri

Sebenarnya berjaya atau tidak di dalam industri takaful (juga Unit Trust) adalah daripada kita sendiri. Faktor persekitaran hanyalah jurisan kecil daripada sebiji kek sahaja. Jika kita positif dan yakin kita boleh, ditambah dengan usaha dan doa, nescaya kejayaan akan menjadi milik kita. Saya ada menukilkan tentang ini di dalam entri DUIT saya suatu ketika dulu.

Moga kakak ini berubah dan sedar kesilapan diri. Moga kejayaan akan mengiringi beliau.

69,940 total views, 8 views today

Show Comments

5 Comments

  1. sohoque 23 July, 2014
  2. syukur 4 September, 2014
  3. eyriqazz 17 September, 2014

Leave a Reply