4
16

Jawapan Best Kepada Soalan-soalan yang diajukan kepada saya kebelakangan ni…!

Haaa tu status saya kat FB semalam.

Yaaa.. Memang.. ramai yang tanya saya soalan-soalan tu. Mungkin sebab selama ni saya tak tunjuk dan tak updates pasal aktiviti unit trust saya kot. Jadi orang tak perasan saya masih seperti biasa berkerja sebagai unit trust consultant (UTC).

Memang saya sengaja tak updates aktiviti tu semua. Sebabnya beberapa tahun kebelakangan ni saya juga sibuk menaikkan jenama saya sebagai blogger di bawah blog eXplorasa.my dan sohoque.com. Ini perlu untuk menarik job-job berbayar daripada syarikat dan PR di luar sana. Dan usaha ini boleh dikatakan membuahkan hasil walaupun tidak mencapai target 100% seperti apa yang saya rancangkan daripada awalnya.

Ok untuk elakkan saya melalut dan mengheret sama para pembaca blog ni, lebih baik kiranya saya pergi terus kepada persoalan yang saya telah senaraikan dan seterusnya memberikan jawapan saya.

1. Ko buat unit trust semula ke?

Sebenarnya saya tidak pernah tinggal bisnes saya ni yang saya ceburi sejak hampir 13 tahun yang lalu. Selama ini pun income saya banyak bergantung kepada bisnes ini. Jadi bukan saya buat unit trust semula. Saya cuma lebihkan usaha dan aktiviti serta kadangkala update di dalam media sosial.

2. Kenapa nampak aktif dengan unit trust semula? Blogging tak leh cari makan ke?

Kenapa aktif dalam unit trust semula, jawapannya sama seperti soalan nombor 1 di atas. Saya menten jer bisnes daripada dulu. Sebab PASIF income saya kat sini.

Blogging tak leh cari makan…?

Saya rasa untuk menjawap soalan ni, kita perlu lihat kepada objektif blogger itu sendiri. Kenapa mereka berblogging. Adakah mereka berblog untuk menyara keluarga seperti blogger sepenuh masa Ben Ashaari dan blogger lain yang seangkatan dengannya?… Ataupun seperti kebanyakan blogger yang lain yang memang minat menulis blog?. Mereka ini menjadikan blogging sebagai punca pendapatan kedua sahaja, walaupun kadang-kadang kalau kena masanya pendapatan blogging ni masyuk jugak, setara dengan pendapatan pertama.

So yang ni blogger itu sendiri yang tentukan mengikut kemampuan diri mereka. Saya, setelah beberapa tahun kebelakangan ni agak serius berblog, membuat konklusi, blogging hanyalah punca pendapatan kedua saya. Yang utama adalah bisnes unit trust ni jugak..!

3. Ok ke unit trust sekarang?

Soalan ni terlalu general. OK dari segi apa? “Ok” ker melabur dalam unit trust pada waktu sekarang ke atau “ok” ker kalau menjadikan unit trust sebagai bisnes utama di zaman GST ini…?

Ok ker MELABUR dalam unit trust sekarang?

Kalau tanya saya, jawapan saya bebila jer adalah masa yang sesuai untuk melabur di dalam unit trust ataupun saham amanah. Cuma strategi mungkin sedikit berbeza di masa ekonomi tengah ok berbanding dengan semasa ekonomi perlahan. Sebab unit trust ni adalah satu pelaburan jangka masa panjang.

Dalam jangkamasa tersebut ekonomi akan ada up and down. Kebiasaannya yang up lebih lama daripada yang down. Jadi jika diambil secara purata, unit trust masih lagi satu pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang “hensem” di dalam jangkamasa yang lama.

Ok ker menjdi UTC unit trust sekarang?

Sama juga jika ada yang berminat untuk menceburi bisnes ini. Datang jumpa saya. Saya akan guide daripada mula sampai boleh berdikari.

Seperti pelaburan juga, bebila masa jer sesuai untuk bisnes ini. Yang rugi ialah jika dah ada niat nak sertai bisnes ni tapi bertangguh atas macam-macam sebab yang direka sendiri untuk menjadi dalil sokongan kepada keputusan tertangguh mereka. Orang putih kata “Cost of Proscrastination”.

4. Ok ke income jadi UTC ni?

Kalau tanya saya, saya akan menjawab sangat ok. Sebabnya kita yang tentukan berapa gaji kita sendiri. Tak ada orang nak sekat kenaikan gaji kita waimma orang yang bawak kita ke dalam industri ini. Tak der orang nak sekat kenaikan pangkat kita kat sini. Tak der orang nak sekat percutian kita (secara percuma) ke luar negara dalam industri ni.

Kerja pulak sungguh fleksibel. Tak kesah la apa anda buat, masa untuk aktiviti ni anda boleh draftkan sendiri. Untuk yang buat bisnes ni sebagai parttimer, buatlah appointment di luar waktu kerja anda. Malah anda sangat beruntung sebab anda boleh “menanam benih” untuk bisnes ini di tempat kerja anda yang terdiri daripada prospek pelabur yang sangat berkualiti.

Bagi surirumah yang mendakwa dia sangat sibuk sebab terpaksa mengambil dan menghantar anak ke sekolah. Percayalah ianya hanya mind block. Jika minda cakap NAK, pasti ada masa di antara waktu-waktu sibuk tu untuk aktiviti unit trust. Jumpa saya. Saya akan bagi idea-idea pasal pembahagian masa ni.

5. Caner nak “masuk” unit trust ni?

Nak masuk unit trust.. Nak masuk jadi pelabur ker nak masuk jadi consultant?

Kalau nak masuk jadi pelabur senang jer. Tetapkan jer masa untuk saya jumpa anda untuk saya terangkan secara lebih terperinci tentang instrumen pelaburan ini. Jika dah paham dan bersetuju nanti, sign jer borang-borang yang dihulur oleh saya. Yang nak melabur dengan duit tunai (Cash) boleh jer berbuat demikian. Langkah-langkah yang amat simple akan saya bagitau.

Yang nak melabur menggunakan skim KW5P lebih senang. Periksa jer baki akaun 1 KW5P anda untuk mengetahui kelayakan sebenar amaun yang anda boleh laburkan.

Kalau nak masuk jadi consultant macam saya, boleh jumpa saya untuk penerangan yang lebih lanjut. Kemudian kena ambil peperiksaan yang diwajibkan oleh FIMM. Ini adalah untuk membolehkan anda mendapat lesen untuk mempromosikaan produk unit trust kepada orang luar.

Kerja menasihatkan orang dalam perancangan kewangan ini bukanlah kerja biasa-biasa. Ini adalah kerja professional. Jadi ilmu pengetahuan tentang produk unit trust dan perancangan kewangan amat penting untuk melengkapkan diri menjadi penasihat kewangan yang professional. Barulah orang tak boleh perlekeh kita.

Hah habis dah saya jawab soalan-soalan yang terkumpul tu. Kiranya jawapan-jawapan saya ni jika dirumuskan adalah fakta-fakta kelebihan melabur di dalam unit trust dan kelebihan menjadi unit trust consultant.

Jika nak penerangan lanjut lagi boleh hubungi saya di:
HP/whatsapp: 013-9997755 (kalau saya tak jawab, Whatsapp jer dulu bagitau siapa anda. InsyaAllah saya akan return call)
emel: sohoque@gmail.com

sementara tu boleh jer explore blog ni untuk info pasal perancangan kewangan. Saya pun tengah kemaskan kembali blog ni untuk menjadi lebih mesra pembaca dengan ilmu-ilmu yang lebih detail
.

557 total views, 1 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: