Jaga Hubungan Dengan Referral Anda

Jaga hubungan dengan referral anda

Jaga hubungan dengan referral anda

Untuk bertahan lama di dalam industri Unit Trust dan Takaful ini, antara yang paling penting ialah jaga hubungan dengan referral kita.

Orang yang menyediakan contact yang berkualiti untuk kita adalah individu yang amat penting dalam bisnes kita. Melaluinya kita dapat mengembangkan sayap kita di dalam industri ini. Melaluinya kita dapat berjumpa orang yang berkualiti yang ingin mendengar khidmat nasihat kita sebagai Islamic Financial Consultant.

Biasanya mereka yang direfer oleh referral ini lebih mudah untuk dikongsi ilmu tentang perancangan kewangan Islam. Mereka lebih terbuka untuk menerima konsep yang akan kita bincangkan dengan mereka. Kebarangkalian untuk mereka mengikut nasihat dan cadangan kita, seterusnya menandatangani borang cadangan Takaful atau Unit Trust iaitu 80 peratus berbanding dengan orang biasa.

Siapa yang biasanya boleh jadi referral kita? Referral kita biasanya terdiri daripada klien sedia ada yang berpuashati dengan servis kita, kawan-kawan kita, saudara mara dan lain-lain.

Oleh itu, jaga hubungan dengan referral kita. Sentiasalah berhubungan dengan mereka untuk bertanya khabar dan berilah hadiah kepada mereka sekali sekala.

Consultant yang jaga hubungan dengan referral nya akan lebih senang di dalam kerjanya berbanding dengan consultant yang tidak menggunakan referral. Consultant tanpa referral terpaksa mencari sendiri prospek yang baru di setiap hari. Ini sedikit sebanyak akan memenatkan mereka dan mengambil banyak masa berkerja mereka.

Moga dengan pertolongan referral, kita akan terus dapat berbakti kepada masyarakat dalam mengembangkan ilmu perancangan kewangan Islam kepada masyarakat dengan lebih cepat dan tepat.

Cakna wang anda menuju Al-Falah

8,175 total views, 2 views today

Show Comments

2 Comments

  1. Pingback: Kalau Dah Rezeki Kita Memang Tak Kemana 16 January, 2013
  2. Budak Felda 17 January, 2013
    • sohoque 17 January, 2013

Leave a Reply