5

Ikut Nasihat Doktor, Jangan Ikut Apa Yang Doktor Buat…

Jika kita sakit kita akan ke klinik dan pusat perubatan yang sewaktu dengannya bukan? Di sana kita akan berjumpa doktor untuk memeriksa penyakit yang sedang kita hadapi.

Contoh senario:

“Awak sakit dada ni mungkin sebab awak banyak sangat merokok ni…” kesan doktor sambil memeriksa dada Kamil yang merupakan seorang perokok.

“Apa yang harus saya buat doktor..” tanya Kamil (bukan nama sebenar) dengan agak cemas. Teringat Kamil akan cerita-cerita yang sering dia dengar tentang kesan daripada merokok.

“Kurangkanlah merokok encik. Berhenti terus lebih baik” jawab tuan doktor dengan pantas dan tegas.

Keesokan harinya Kamil secara kebetulan pergi lagi ke bandar untuk berjumpa seorang kawan. Mereka makan di sebuah restoran mamak tidak jauh daripada klinik yang Kamil pergi semalam.

smoker doctor

doktor pon hisap rokok?

Di sana Kamil ternampak doktor yang memberi nasihat kepadanya semalam sedang menghisap rokok dengan selambanya.

“Apa lah doktor ni, semalam dia nasihatkan aku supaya berhenti merokok, sekali dia pun merokok sama” getus hati Kamil dengan rasa tak puas hati.

Senario di ataslah maksud ungkapan saya, “Ikut Nasihat Doktor, Jangan Ikut Apa Yang Doktor Buat…”. Nasihat doktor tersebut adalah nasihat oleh seorang profesional. Nasihat yang betul sesuai dengan kepakarannya sebagai doktor. Nasihat doktor tersebut wajib kita ikut untuk kebaikan kita.

graf saham

simpanan dan pelaburan perlu ada objektif dan harus dipantau

Manakala perbuatan doktor tersebut adalah tabiat buruk dirinya. Perbuatan tersebut tak perlu kita ikut. Kerana memang dah ternyata perbuatan tersebut tidak memberikan kita manfaat malah membawa keburukan.

Sama juga dalam industri perancangan kewangan. Penasihat kewangan (financial consultant) juga adalah seperti seorang doktor. Mereka ada kepakaran dan lesen daripada Security Commission dan Bank Negara alaysia untuk menasihatkan pelanggan tentang perancangan kewangan.

Nasihat mereka wajib kita ikuti walaupun mereka sendiri mungkin tidak ataupun belum mempraktikkan apa yang mereka nasihatkan kepada kita.

Contohnya mereka mencadangkan pelaburan secara berkala dengan memperuntukkan RM500 sebulan untuk disimpan dan dilaburkan ke dalam dana unit trust ABC. Nasihat beliau pelaburan tersebut jika boleh haruslah berdisiplin untuk mencapai sasaran perancangan kewangan kita 10 tahun daripada sekarang. Kata mereka jika tidak berdisiplin simpanannya maka ada kemungkinan jumlah simpanan yang disasarkan tidak dapat direalisasikan.

pelaburan unit trust ibarat menanam biji benih yang akan memberikan hasil lumayan dalam jangkamasa panjang

pelaburan unit trust ibarat menanam biji benih yang akan memberikan hasil lumayan dalam jangkamasa panjang

Pada masa yang sama mereka ini tidak pun berdisiplin dalam menyimpan dan melabur untuk masa hadapan. Mungkin disebabkan pendapatan yang tidak mencukupi untuk menampung kos sarahidup mereka.

Nasihat mereka betul dan perlu diikuti. Cuma habit mereka jangan kita ikut. Jangan mencampurkan nasihat profesional dengan tabiat diri yang tidak profesional.

Penasihat kewangan pula jika boleh buatlah seperti apa yang dinasihatkan. Anda sepatutnya lebih mengetahui. Kepercayaan pelanggan boleh hilang dengan melihat sendiri perlakuan anda yang tidak seprofesional kepakaran anda.

Selamat menyimpan dan membuat perancangan kewangan. Moga hari-hari mendatang lebih cerah untuk anda dengan langkah awal anda menyimpan untuk untuk objektif di hari muka.

15,675 total views, 2 views today

Show Comments

4 Comments

  1. nord 14 September, 2014
  2. syukur 22 September, 2014

Leave a Reply