2
13

Hukum Forex Di Dalam Islam

apakah-hukum-forex

Apa hukum forex di dalam Islam?

Banyak juga saya dapat soalan macam tu samada dari klien-klien saya maupun daripada sahabat handai dan saudara mara.

Apa yang mampu saya jawab ialah saya tak tau secara detail tentang forex ni sebab saya tak belajar forex. Tapi saya tak main forex. Itulah selalunya jawapan yang saya peruntukkan untuk yang bertanya.

Jawapan senang untuk mengelak soalan lanjuta daripada mereka. Tapi yang sebenarnya memang saya pun tak tahu sangat tentang forex ni. Ada jugak perasaan nak belajar, tapi disebabkan kekangan masa dan urusan kerja, sampai sekarang niat tertangguh.

Lagipun saya tak terfikir untuk tambahkan portfolio bisnes saya ke pada forex. cukuplah unit trust dan takaful saya fokuskan. Blogging lagi saya nak kena jaga. So, menyedari kekurangan diri di situ, ada baiknya juga saya tak teruskan niat saya.

Tapi untuk panduan hukum bisnes forex di dalam pandangan Islam, sebenarnya anda boleh merujuk pandangan daripada pakar muamalah Islam seperti Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan lain-lain lagi. Anda juga boleh masuk ke portal efatwa oleh JAKIM untk menyemak sendiri hukum tersebut.

Baru-baru ini saya ada terbaca artikel terbaru daripada senior saya, Pakdi tentang hukum forex ini. Berikut adalah point-point beliau:

  1. Pertukaran matawang mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli Bay’ Sarf
  2. Penggunaan margin account adalah petunjuk jual beli di mana berlakunya pertangguhan pertukaran wang.
  3. money changer dan perbankan Islam  adalah contoh aktiviti pertukaran matawang yang memenuhi rukun dan syarat Bay’ Sarf
  4. Label ‘akaun Islamik’ tidak mencukupi kerana pertukaran mata wang bukan sekadar akaun tidak ada interest atas margin account, tiada swap dan tiada rollover. Urusniaga mesti berlaku secara Qabd, iaitu serah tunai.
  5. Mesti ada panel penasihat syariah yang melihat daripada A-Z untuk meluluskan ‘Islamic account’ yang wujud itu.
  6. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 2012 adalah tepat dan selaras dengan keputusan badan Shariah antarabangsa seperti Shariah Standard AAOIFI mengenai Trading in Currencies yang telah dibuat sejak Mei 2000.
  7. Menyalahi undang-undang Malaysia, secara spesifik Financial Services Act 2013 dan Islamic Financial Services Act 2013 yang mewajibkan kelulusan dan lesen dari Bank Negara Malaysia untuk sebarang aktiviti pertukaran matawang.
  8. Meninggalkannya adalah lebih utama kerana dosa riba yang paling ringan adalah seumpama dosa berzina dengan ibu sendiri. Ada banyak lagi pilihan pelaburan yang halal

Anda boleh laman web Pakdi.net untuk mendalami sendiri penerangan daripada beliau.

Moga anda semua beroleh sedikit ilmu tentang forex sekaligus menjawab soalan anda tentang hukum perniagaan forex di dalam Islam.

14,245 total views, 8 views today

Show Comments

4 Comments

  1. Hawa Hassan 10 October, 2016
  2. shiqeen sattar 18 November, 2016
    • Ishak Ismail 19 November, 2016

Leave a Reply