2

Hari Yang Sungguh Produktif

unit trust consultant berjaya

Puashati dengan usaha seharian…

Alhamdulillah.

Dah sampai rumah. Hari ini adalah hari paling produktif dan cemerlang pada tahun 2015 ini. Saya berjaya closed sales untuk unit trust sebanyak 4 kes. Jumlah investment hampir RM100,000. 

4 orang yang saya jumpa, 4 orang juga yang saya closed. Alhamdulillah. Saya dipermudahkan oleh Allah dalam penerangan saya. Dan Allah telah membuka hati klien tadi untuk terus bersetuju melabur dengan saya.

Sehebat mana pun penerangan kita, jika Allah tak membuka pintu hati klien, tak kemana juga kita. Tak closed juga sales itu. Jadi jangan langsung berasa sombong dan hebat dengan terdetik di hati bahawa disebabkan usaha kitalah klien tersebut bersetuju menurunkan tandatangan pada borang pelaburan.

Selalu ingat yang itu. Dan selalulah bersyukur. InsyaAllah akan ditambahkan lagi rezeki kita. 

Sebenarnya daripada 4 orang yang saya jumpa pada siang tadi, 2 daripadanya ialah klien saya yang dah melabur dengan saya. Cuma pada tahun lepas, mereka tidak sempat berjumpa saya dek kerana kesibukan. Sekarang baru mereka ada masa untuk mendengar laporan saya tentang hasil pelaburan unit trust mereka yang telah bercambah dan bertambah.

2 orang lagi adalah orang yang baru melabur dengan syarikat unit trust no 1 Malaysia (dari segi nilai pelaburan dan ramai pelabur) yang saya bernaung ini. Kesemua mereka ini melabur dengan menggunakan duit simpanan CPF (dibaca ei pi ef – ada sebab saya tidak boleh tulis singkatan sebenar. Harap anda boleh faham).

Memang 80 peratus daripada keseluruhan klien saya melabur dengan menggunakan duit simpanan CPF. Memang senang kerana:

1. mereka tidak perlu keluarkan cash daripada poket mereka. Mereka tidak perlu mengubah gaya perbelanjaan mereka hanya semata-mata untuk melabur. Jika ada lebihan tunaibarulah  saya akan cadangkan supaya mereka melabur dengan menggunakan tunai mereka.

Namun saya akan bertanyakan dahulu samada mereka sudah mempunyai perlindungan takaful ataupun belum. Jika belum saya akan cadangkan supaya wang tunai yang lebih ini digunakan untuk sumbangan takaful. Jika diikutkan piramid perancangan kewangan, mempunyai pelan takaful adalah lebih menjadi keutamaan daripada membuat pelaburan.

Ini adalah kerana simpanan dan pelaburan yang banyak yang memakan masa bertahun-tahun untuk mencapai tahap tersebut, hanya akan habis dalam beberapa hari sahaja jika penyimpan tersebut terkena penyakit kritikal, ataupun cacat kekal. Ini adalah kerana kos yang diperlukan untuk rawatan penyakit tersebut adalah sangat tinggi.

Dengan adanya takaful, kos tersebut akan dibayar dengan menggunakan duit tuntutan takaful. Jadi, ini adalah lebih bijak. Sebab itulah keutamaan simpanan adalah di dalam takaful terlebih dahulu.

Oh ya dalam sibuk-sibuk menerangkan dan memberi kefahaman kepada klien tentang unit trust, salah seorang darinya berminat untuk memiliki pelan takaful.Maka closed lah juga 1 kes takaful.

Ada sedikit masa terluang selepas makan tengahari. Masa ini saya gunakan sepenuhnya untuk set up sebuah lagi blog. Kali ini ber niche kan hobby iaitu saya berkongsi degan pembaca tentang tips memelihara ikan di dalam aquarium di dalam rumah. Fokus saya adalah ikan daripada spesis Cichlid sepertimana yang terdapat di rumah saya.

ikan peliharaan terbaik

blog untuk penggemar ikan spesis Cichlid

Tujuan saya juga adalah supaya anak-anak saya juga boleh berkongsi menulis sedari awal. Topik ikan ini juga menjadi minat mereka. Sebab itulah saya membina blog www.cichlids.ml.

Alhamdulillah. Semoga momentum ini kekal sepanjang tahun ini dan juga selamanya. Moga impian saya untuk menyumbang sesuatu kepada orang sekeliling dan masyarakat akan berjaya terlaksana sebelum badan dikandung tanah. 

Ameen.

nota kaki:
kepada sesiapa yang hendak tahu tentang pelaburan unit trust dan simpanan takaful bolehlah hubungi saya secepat mungkin. InsyaAllah dengan ilmu yang saya ada, saya akan memberikan yang terbaik untuk anda.

12,800 total views, 6 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply