Hanya Selangkah Sahaja Lagi Untuk Berjaya, Tetapi Sayang…

Jangan cepat putus asa. Anda hanya selangkah sahaja lagi untk berjaya

Jangan cepat putus asa. Anda hanya selangkah sahaja lagi untk berjaya

Seorang bisnes partner (consultant) aku pernah mengadu bahawa dia sudah tidak berjaya d dalam bisnes unit trust ini. Dan dia bercadang untuk berhenti dari membuat bisnes unit trust dan bercadang untuk.mencari sumber income yang lain.

Aku hanya menarik nafas panjang mendengar keluhan dan aduan beliau. Itulah sikap kebanyakan orang yang gagal. Mereka hanya selangkah sahaja lagi untuk berjaya. Tetapi mereka ini tidak sabar dan memilih untuk berhenti.

Memang kalau prestasi consultant tadi diambil kira memang dia bukanlah seorang consultant yang produktif. Mana tidaknya sales bulanannya tidak sampai pun RM50k. Bermakna incomenya dari unit trust tidak sampai pun rm1000.

Mendengar keluhan darinya aku lantas teringat kenangan lampau ku yang mengeluh perkara yang sama semasa aku mula-mula berjinak dengan bisnes unit trust dan takaful ini. Namun berkat semangat yang jitu dan sifat yang degil untuk terus berada di industri yang mulia ini, aku gagahkan diri untuk terus belajar dari leader-leader yang berjaya. Coaching dan training jarang aku terlepas baik yang disediakan oleh syarikat ataupun agensi. Sesi “ngeteh” atau TTS bersama leader otai memang aku nanti-nantikan untuk turut serta.

Duit pada masa itu aku terpaksa rancangkan betul-betul. Kerana aku mula bisnes unit trust dan takaful ini terus secara fulltime. Tiada lagi gaji tetap dari syarikat tempat aku makan gaji. Walaupun aku ada “reserve” rm24k untuk perbelanjaan setahun, namun itu semua hanya perancangan aku. Perancangan Allah untuk menguji hambaNya mengatasi perancanganku. Duit reserve itu aku terpaksa gunakan untuk membuat persiapan aku berpindah ke rumah baru pada masa itu. Membeli lampu, kipas, memasang grill dan beberapa perkara persiapan berpindah rumah untuk sebuah rumah semi-D agak tinggi. Duit simpanan aku tadi berbaki rm4k sahaja setelah ditolak segala perbelanjaan tersebut. Masa itu aku baru sahaja 4 bulan membuat bisnes fulltime. Masih terhegeh-hegeh mencari landasan. 8 bulan lagi harus ditempuh untuk cukup tempoh setahun yang aku rancangkan untuk mendapat income sekurang-kurangnya rm3k, tetapi duit simpanan hanya tinggal RM4k. Situasi yang cukup sukar.

Namun itu semua jerih perih ujian yang diberi. Ujian atau masalah adalah untuk diselesaikan. Bukannya untuk diratapi dan dikeluh. Berkat kesabaran ditambah dengan kedegilan untuk menempa kejayaan, sambil dibantu oleh sahabat-sahabat akrab dan juga mentor pada masa itu, aku berjaya melepasi tempoh-tempoh sukar di awal karierku sebagai unit trust consultant.

Kebanyakan bisnes memerlukan masa untuk berjaya. Begitu juga bisnes unit trust ini. Namun ada caranya  untuk mempercepatkan kejayaan di bidang ini. Ini aku pelajari daripada seorang leader di Kuala Lumpur. Patutla ramai dari kalangan groupnya yang dapat jadi top performer. Cara inilah yang aku kongsikan kepada bisnes partner ku di unit trust dan takaful ini sebagai jalan short cut untuk berjaya.

Nasihat aku bisnes partner tadi, jangan cepat mengalah. Banyak lagi tips-tips kejayaan yang belum diamalkan. Tips dan amalan ini, ini dan ini perlukan amalan yang berterusan dan istiqamah. Ianya untuk mendekatkan diri kita dengan Allah dan menguatkan jiwa dan semangat kita untuk menempuhi cabaran.

Jadi nasihat aku kepada bakal unit trust dan takaful consultant yang baru menceburi bidang ini, bersabarlah. Kejayaan anda akan tiba. Anda hanya selangkah sahaja lagi untuk berjaya. Kekalkan fokus. Jangan toleh belakang lagi.

Siramilah kerjaya yang baru anda ceburi ini dengan ilmu, tekun, gigih, istiqamah dan doa. InsyaAllah cepatlah ia subur dan membuahkan kejayaan. InsyaAllah.

 

5,737 total views, 3 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply