Forced Saving Dengan Unit Trust

forced saving dengan pelaburan unit trust

pada entri yang lalu saya ada kongsikan apa itu makna forced saving dan bagaimana dan kenapa kita buat forced saving dengan unit trust. di entri ini saya sentuh sedikit tentang cara membuat forced saving dengan unit trust.

labur di amanah saham

pelaburan di dalam unit trust adalah salah satu cara untk mencapai objektif kewangan di masa hadapan

kenapa buat forced saving dengan unit trust

sebelum itu ada baiknya jika kita tahu kenapa perlu membuat forced saving ataupun simpanan secara paksa untuk menyimpan di dalam unit trust.

seperti yang kita ketahui unit trust ataupun juga dikenali sebagai amanah saham adalah instrumen perancangan kewangan yang memerlukan masa untuk bercambah. duit yang kita simpan memerlukan masa untuk berkerja untuk memberi lebih duit kepada kita.

masa yang dicadangkan untuk simpanan dan pelaburan di unit trust ialah 3 – 5 tahun dan ke atas. hasil yang lebih banyak diperolehi jika simpanan melebihi 5 tahun. secara ringkas unit trust ini adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.

sebab itulah ianya amat sesuai untuk perancangan kewangan jangkamasa panjang seperti pelan persaraan, pelan pendidikan, pelan mengerjakan haji dan sebagainya. pelan ini semuanya mengambil masa untuk direalisasikan.

namun, membuat simpanan dan pelaburan di unit trust ada caranya. berikut adalah antara aspek-aspek yang perlu ditekankan untuk memaksimakan keuntungan pelaburan unit trust.

cara memaksimakan pelaburan unit trust

1. sematkan fokus di dalam diri bahawa ini adalah pelaburan jangkamasa yang panjang. oleh itu sebarang hasil yang berlaku dalam jangkamasa pendek bukanlah sesuatu perkara yang besar.

long term investment

pelaburan unit trsut adalah satu pelaburan jangkamasa yang panjang

2. simpanan berkala secara tetap amaun simpanannya amat perlu untuk menambahkan amaun pelaburan yang akan ditukarkan kepada unit. dividen ataupun agihan yang akan dapat nanti berdasarkan unit yang dipegang ini.

3. membuat pertukaran dana (swithcing) jika keadaan memerlukan. pertukaran dana walaupun jarang dibuat kerana melibatkan caj tertentu dan objektif pelaburan, ia perlu dibuat jika keadaan ekonomi kurang baik sehingga membuatkan nilai pelaburan kita mengecut. saya akan terangkan berkenaan switching ini di artikel akan datang. untuk ini anda memerlukan consultant yang aktif untuk menasihatkan anda.

4. monitoring. setahun sekali duduk dengan UTC untuk membuat review tentang pelaburan kita. adakah ianya berada di landasan yang betul untuk mencapai objektif kewangan kita. jika tidak, apakah langkah-langkah yang perlu diambil.

fakta nombor 2 berkenaan simpanan berkala yang tetap dan berdisiplin itulah yang berkait rapat dengan forced saving dengan unit trust ini. jika kita tidak berdisiplin, susahlah untuk mencapai objektif pelaburan kelak.

untuk mendisiplinkan diri kitalah kita perlu membuat forced saving. isi borang autodebit dan biarkan syarikat pelaburan membuat pemotongan paa setiap bulan daripada akaun simpanan kita untuk dilaburkan di dalam dana yang telah kita pilih.

ini amat perlu untuk menambahkan simpanan dan unit kita secara tetap pada setiap bulan. unit yang bertambah sebanyak 12 kali hasil daripada forced saving pada setiap bulan memang akan berbeza dengan unit yang bertambah 6 kali sahaja pada tahun tersebut akibat pelaburan yang tidak fokus dan tidak berdisiplin misalnya.

konklusi

jadi relakanlah diri. buatlah simpanan tetap secara berdisiplin dengan membenarkan pemotongan bulanan dibuat sebagai forced saving kita untuk mencapai impian kewangan yang kita tetapkan semasa mula-mula membuka akaun dahulu.

15,250 total views, 8 views today

Show Comments

4 Comments

  1. Noriza Rahman 13 March, 2015

Leave a Reply