7

Ejen Takaful Menipu…?!

meniou dalam perniagaan

assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya berbual dengan rakan saya yang juga unit trust consultant. Antara tajuk perbincangan kami ialah berkisar tentang perlunya diversify bisnes yang ada. Maknanya kita tidak hanya terlalu bergantung kepada satu bisnes sahaja. Ini adalah kerana di dunia yang fana ini tiada yang kekal. Jika kita ada bisnes lain yang menyokong kepada bisnes utama adalah lebih baik dan lebih bersifat berhati-hati.

Jadi saya mengutarakan pendapat saya yang saya rasa bisnes yang paling baik dan sesuai untuk menyokong bisnes utama saya iaitu unit trust ialah bisnes takaful (menjadi takaful consultant). Fakta sokongan saya ialah saya boleh memberi value added service kepada investor di bawah seliaan saya dengan cross sell  produk takaful kepada klien unit trust saya dan sebaliknya. Mereka tidak perlu lagi mencari consultant yang lain untuk mengambil produk perlindungan takaful.

Sahabat saya nampaknya agak kurang bersetuju dan menegaskan bisnes takaful bukanlah yang terbaik baginya. Ok lah. Saya tak kesah sebabnya lain padang lain belalang. Lain orang lain pendapatnya. Tapi yang mengejutkan saya ialah beliau berkata di dalam kenyataannya bahawa beliau nak belajar ilmu takaful hanya kerana beliau boleh memberikan value added service  kepada kliennya dengan menceritakan hal yang sebenar  kerana ada ejen takaful yang menipu.

Alhamdulillah, bagus juga idea itu. Akan tetapi yang menarik perhatian saya ialah “ejen takaful menipu”. Saya pernah berjumpa dengan ejen insurans conventional yang menipu. Bukan semua ya. Jangan salah faham. Dan saya mendengar berita bahawa ejen itu berserta dengan ejen-ejen di bawah kumpulannya telah disenaraihitamkan oleh LIAM (persatuan insurans hayat Malaysia).

Tapi saya belum pernah berjumpa ejen takaful yang menipu. Tapi saya rasa memang ada dan saya tak nafikan.

Astaghfirullahaladziim. Apa cerita pulak ejen takaful menipu ni.. Kamu pilih takaful memang pilihan yang tepat kerana kamu dah pilih jalan berjihad dengan muamalat Islam, dengan menyeru orang Islam supaya memilih produk-produk Islamik. Kamu juga menyebarkan ilmu untuk mencegah mereka daripada terlibat dengan produk-produk kewangan conventional yang kebanyakannya terlibat dengan riba, gharar dan maisir. Tapi kenapa kamu menipu??? Islamik macamanapun produk kewangan yang kamu bawa, kamu akan tetap mendapat dosa kering iaitu dosa menipu! Sedarlah wahai ejen takaful yang terlibat!!!

Malah consultant beginilah yang lebih berbahaya kerana mereka akan merosakkan imej takaful secara amnya dan syarikat takaful itu sendiri secara khasnya.

Sebenarnya bukan menipu sahaja dikira berdosa dan salah etika takaful, malah tidak memberitahu fakta secara keseluruhan juga menyalahi etika takaful. contohnya jika klien mengambil kad kesihatan (medical card). Sebenarnya rata-rata medical card akan ada waiting period untuk kad tersebut boleh digunakan. Contohnya di Takaful Malaysia, waiting period adalah 30 hari. Maknanya di bulan yang pertama jika klien dimasukkan ke hospital beliau belum layak untuk menggunakan medical card tersebut. klien tidak tahu akan hal ini dan menyangka tiada waiting period. Tetapi apabila medical card sudah diluluskan dan polisi dihantar ke rumah baru beliau sedar akan fakta sebenar. Ini juga salah!!!

Begitu juga dengan etika dan akhlak takaful consultant. Mereka hendaklah pada setiap masa  bersikap jujur. Contohnya jika klien membayar kepada consultant premiumnya secara cash. Consultant pula menggunakan duit tersebut kearah lain untuk kepentingan dirinya sendiri. Memang itu tidak jujur namanya. Telah banyak berlaku penipuan dalam hal ini sebenarnya.

Sebab itulah saya selalu menasihatkan klien takaful saya supaya membuat potongan autodebit melalui akaun bank. Kalau tidak mahu potong melalui bank, kad kredit adalah pilihan terbaik. Malah kalau saya, saya lebih suka menggunakan kad kredit. Ini adalah kerana dengan kad kredit saya boleh memeriksa penyata kad kredit saya untuk mengetahu samada ada atau tidak sumbangan takaful yang dipotong untuk bulan itu. Jadi tiada urusan yang akan melibatkan tunai antara consultant dan klien. Itu lebih selamat. Dan jika memang klien hendak juga mengguakan cash maka suruhlah dia menggunakan cek ataupun bank draf.

Wahai consultant takaful (yang disebut tadi), insaflah. Kamu adalah CONSULTANT, Bukannya CON-sultant…!!! berlaku jujur dan ikhlaslah.

Sebut tentang jujur dan ikhlas kerana Allah, saya teringat satu cerita di zaman Saidina Umar Al-Khattab.

Sebagai ketua negara Umar ini suka menyamar dan berjalan di malam hari untuk melihat keadaan negaranya. Setibanya di depan sebuah rumah beliau terdegar perbualan antara seorang anak dan ibunya. Mereka adalah penjual susu. Ibunya menceritakan bahawa susu kambing yang mereka sediakan untuk dijual keesokan harinya sedikit. Jadi Si ibu mencadangkan supaya susu tersebut dicampur dengan air. Jadi akan bertambahlah kuantiti susu tersebut.

Medengarkan cadangan emaknya itu, anaknya pantas menjawab: “perbuatan tersebut adalah salah dan berdosa mak”

Emak: “Alaa, amirul mukminin bukannya tahu pun. Dia berada di rumahnya.”

Anak: “Ya memang betul mak, Saidina Umar tidak tahu. Akan tetapi Allah maha mengetahui dan maha melihat. Adakah mak lebih takut kepada Saidina Umar daripada Allah?”

Mendengar perbualan tersebut, sungguh gembira hati Saidina Umar kerana mengetahui yang rakyatnya sungguh jujur, ikhlas dan bertaqwa.

Nah semangat beginilah yang harus dipakai terutamanya kepada yang terlibat di dalam industri perancangan kewangan Islam ini.
Wallahua’lam.

7,129 total views, 0 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply