DUIT Amalan Yang Mesti Diamalkan Oleh Unit Trust Dan Takaful Consultant

gambar orang tawakkalSalam.

Satu perkataan ringkas tetapi amat bermakna. Bukan sahaja itu yang dicari malah untuk mencarinya juga memerlukan D.U.I.T.

D.U.I.T adalah amalan seharian yang boleh kita praktikkan untuk memajukan diri dan bisnes kita seterusnya memberi pulangan di dunia dan juga akhirat. Ianya amat penting untuk consultant unit trust maupun takaful untuk dijadikan panduan dan amalan aktiviti sehariannya.

Apa itu D.U.I.T?

D – Doa

Dalam apa-apa jua urusan pun janganlah kita putuskan hubungan dengan Allah. Doa adalah salah medium untuk kita bercakap, mengadu dan meminta dengan Allah. Allah berfirman:

Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu.”

(Surah Ghafir:60)

Allah secara terang-terangan menyuruh kita berdoa kepadanya. Malah setiap doa kita akan diganjari dengan pahala pula.

Kita boleh berusaha, boleh buat apa sahaja demi untuk mencapai apa-apa yang kita ingini tetapi jika Allah tidak izinkan takkan tercapai juga kehendak kita. Penerangan daripada kita walau sehebat mana sekalipun kepada prospek, jika Allah tidak buka hatinya, dia tidak akan tandatangan borang unit trust atau takaful kita. Jadi doa ini amat penting.

Doa juga adalah senjata orang muslim. Orang kafir takut dengan orang mukmin sejati sebab kita ada senjata yang mereka tak ada iaitu doa.

Waktu-waktu yang mustajab doa

U – Usaha

Memang rezeki sudah ditentukan oleh Allah. Namun kita juga kena berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut. Sudah menjadi hukum alam bahawa orang yang kuat berkerja dan berusaha akan mendapat lebih rezeki. Saya bagi contoh orang yang berkerja “makan gaji”. Dalam waktu yang sama dia juga menjadi unit trust ataupun takaful consultant secara separuh masa (part time). Maka rezeki orang ini sudah tentulah lebih banyak daripada orang yang hanya berkerja makan gaji. Ini sesuai dengan tenaga dan masa yang digunakannya untuk mencari duit tambahan.

Consultant Unit Trust ataupun takaful, jika hanya pandai merancang tetapi usahanya tiada, tidak akan kemana-mana. Pendapatannya tidak bertambah pun. Jadi usaha ataupun aktiviti jualan (sales activities) amat penting. Buat apa sahaja setiap hari untuk menjana sales. Menulis blog untuk educate pembaca, membuat cold calling, bertukar bisnes kad secara face to face dengan prospek, memberi taklimat, membuka kaunter promosi, dan sebagainya adalah contoh-contoh aktiviti yang boleh menjana jualan (sales).

Konklusinya, tanpa usaha seseorang tidak akan kemana-mana.

I – Istiqamah

Kadang-kadang kita sudah berusaha, tetapi hasilnya kita belum dapat. Kita dah berjumpa ramai prospek tetapi tiada closing yang kita dapat buat. Doa pun kita sudah buat dengan bersungguh-sungguh. Namun hasil yang ditunggu-tunggu belum jua kunjung tiba.

Hampa? Kecewa?

Jangan hampa dan kecewa kerana itu maknanya tuhan sayangkan kita. Yang penting teruskan usaha secara ISTIQAMAH. Dia nak mendidik kita supaya redha atas ketentuanNya. Dia nak mengajar kita supaya sabar dan tekun dalam melakukan kerja murni kita educate orang ramai dengan ilmu kewangan Islam.

Tuhan sudah berjanji dalam Al-Quran yang Dia akan mengotakan doa kita. Namun setelah berdoa, kenapa kita masih tak dapat apa yang kita hendak?

Kadangkala tuhan bukan tidak mengotakan janjiNya. Tetapi Dia menangguhkan dahulu. Mungkin masa untuk dikabulkan doa kita tidak sesuai. Atau mungkin Dia gantikan dengan nikmat lain yang lebih penting daripada apa yang kita minta. Mungkin Dia kabulkan dengan cara menyelamatkan kita daripada bala dan mala petaka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha bijaksana.

Apa yang harus kita lakukan ialah beristiqamah. Lakukan usaha kita secara tekun dan berterusan. Sesungguhnya Allah amat menyukai amalan yang istiqamah berbanding dengan amalan yang sekali sekala kita buat walaupun banyak usahanya.

T – Tawakkal

Apa yang membezakan kita ummat Islam dengan orang-orang yang belum dubukakan hatinya untuk Islam adalah kita ada tawakkal. Tawakkal ialah kita berserah segalanya kepada Allah setelah segala usaha kita buat berserta dengan doa. Apa-apa yang berlaku selepasnya kita serahkan kepada Allah kerana kita yakin Allah maha mengetahui di atas segala yang berlaku.

Orang bukan Islam tiada tawakkal dalam hidup mereka. Sebab itu lah mereka selalu kecewa dan putus harapan setelah segala yang mereka buat tidak berjaya.

Kelebihan orang mukmin ialah ia bersyukur apabila mendapat nikmat dari tuhannya. Dia juga bersyukur bila mendapat ujian daripada tuhannya. Hadith nabi:

“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.”

(Hadits shohih. Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2999 dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiyallahu ‘anhu)

Oleh kerana itu DUIT ini amat perlu diaplikasikan ke dalam kehidupan kita sebagai Unit Trust dan Takaful Consultant. Doa, usaha, istiqamah dan tawakkal perlu diadun ke dalam setiap diri consultant untuk menempa kejayaan.

Wallahua’lam

9,413 total views, 2 views today

Show Comments

Leave a Reply