Dana Mengerjakan Haji Melalui Simpanan Dan Pelaburan Unit Trust

haji di baitullahMengerjakan Haji adalah rukun Islam yang ke 5. Mengerjakannya wajib bagi orang Islam yang mampu. Syarat-syarat wajib haji adalah seperti berikut:

  • Islam
    – tidak wajib atas orang kafir dan murtad
  • Baligh
    – tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
  • Berakal
    – tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
  • Merdeka
    – Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala
  • Berkuasa / Kemampuan
    – Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

” Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka”
(Surah Ali Imran ayat 97)

Klik untuk huraian syarat wajib haji yang lebih terperinci.

Ramai yang membuat alasan apabila ditanya bila nak pergi haji. Alasan yang amat biasa ialah “tidak mampu”

Sebenarnya semua orang mampu untuk pergi ke sana jika ada perancangan keewangan sedari awal. Kecuali memang Allah tidak memanggil dia ke sana lagi.Buatlah perancangan kewangan yang khusus untuk menunaikan ibadat haji. Ciptakan satu dana untuk mengerjakan haji.

Simpanlah secara berdisiplin sejak dari usia muda secara istiqamah dan berdisiplin. Untuk mempercepatkan dana haji tadi berkembang, kita mesti memilih instrument pelaburan yang boleh menjana keuntungan yang banyak. Tetapi di dalam masa yang sama dana ini juga mestilah tidak terlalu berisiko kerana bimbang ia akan mengalami kerugian semasa kita hendak menggunakan dana tersebut bila tiba masanya nanti.

Instrumen simpanan dan pelaburan yang paling menarik perhatian saya di sini ialah Unit Trust. Ini adalah kerana Unit Trust mampu menjana pulangan yang amat memuaskan dalam jangkamasa sederhana dan panjang (3-5 tahun dan keatas).

Jadi carilah syarikat pengurus unit amanah (unit trust) yang terbaik di Malaysia. Dapatkan nasihat dan informasi tentang dana yang sesuai dengan profil risiko kita daripada consultant. Antara Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dengan unit trust consultant:

  1. objektif simpanan kita – untuk apa dana di wujudkan.
  2. Amaun dana yang kita perlukan di masa hadapan
  3. Lama masa yang kita peruntukkan untuk dana tersebut mengembang
  4. Risiko yang mampu kita tanggung – profil risiko berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Lain profil risiko lain dana yang akan dicadangkan
  5. Bajet ataupun kemampuan menyimpan

Setelah itu buatlah perancangan dengan consultant tadi. Tetapkan berapa pelaburan permulaan dan berapa amaun simpanan bulanan.

Perlu diingat, perancangan yang dibuat bersama-sama unit trust consultant mestilah diikut sebagaimana yang dibincangkan. Jika tidak hasilnya berkemungkinan besar tidak dicapai sebagaimana yang kita hendakkan. Jadi disiplin dan komitmen amatlah penting di sini.

Setahun sekali consultant mungkin akan membincangkan tentang semula (review) pelan perancangan yang telah dibuat tadi. Mungkin pada masa ini ada dana yang baru yang lebih baik prestasinya, jadi menukar dana adalah pilihan terbaik pada masa itu.

Jika ini diikuti, insyaAllah amaun yang kita sasarkan iaitu dana mengerjakan haji akan cukup pada akhir jangka masa yang kita teah tetapkan itu.

Tetapi apa yang penting, pergilah daftar haji dahulu dengan Tabung Haji. Jika tidak kita tidak mungkin termasuk dalam kuota ke tanah suci Mekah walaupun dana yang kita simpan telah mencukupi. Pergilah mendaftar segera kerana makin lambat kita mendaftar semakin lambat giliran kita yang ditetapkan oleh Tabung Haji akan sampai.

Moga Allah memudahkan kita dalam perancangan mengerjakan haji kita dan akan memanggil kita ke sana sebelum kita meninggal dunia. Amiin

 

12,023 total views, 0 views today

Show Comments

2 Comments

  1. Noriza Rahman 27 March, 2015

Leave a Reply