Consultant Hebat Tidak Terlalu Harapkan Leader

Tidak dinafikan di dalam sistem networking seperti sistem yang digunapakai oleh syarikat unit trust dan takaful, tugas pemimpin (leader) amatlah penting. Leader mestilah membimbing orang bawahannya (rakan bisnes) agar kekal fokus pada bisnes. Leader juga mestilah selalu memberikan motivasi kepada rakan bisnesnya. Leader membuka jalan untuk bisnes. Leader mestilah pandai menyelesai masalah. Sekurang-kurangnya dia adalah seorang pendengar yang baik. Leader mestilah seorang yang “lead by example”.

Diringkaskan cerita, berat juga tugas leader dalam unit trust dan takaful ni. Namun itu adalah tugas leader. Dan tugas dia wajib menjalankan tugas itu kerana itu adalah tanggungjawabnya. Dan dia sebenarnya dibayar untuk tugas dan tanggungjawab itu. Ya betul! Dia dibayar dengan “overriding” komisen yang dia dapat. Jadi jika tugas-tugasnya tidak dibuat maka samalah seperti dia “makan gaji buta”.

Tetapi jika kita ada leader dan leader kita tidak seperti di atas. Apa tindakan kita? Kecewa sehingga tidak buat bisnes kita? Berhenti dari menjadi consultant? Menjaja cerita tentang leader kita tidak menjalankan tugasnya? Memutuskan hubungan dengan leader?

Pada pandangan saya tak perlu sampai begitu sekali. Leader adalah leader. Kita adalah kita. Kita memilih bisnes financial consultant ni bukanlah kerana leader kita. Kita pilih kerana kita yakin dengan bisnes ini yang mana ianya bukan sekadar bisnes semata-mata. Kita juga dapat menolong orang mencapai impian kewangan mereka dengan bisnes ini. Kita dapat menjadi penyelaesai kepada perancangan kewangan mereka. Kita juga dapat berdakwah dengan bisnes ini kerana kita.

Pada saya, sokongan leader, sokongan dari syarikat, dan lain-lain bantuan persekitaran adalah menyumbang 10% sahaja daripada kejayaan kita dalam bisnes financial consultant ini. 90% lagi adalah datang dari dalam diri kita. Datang dari kemahuan kita yang kuat. Kita tau kenapa kita memilih karier ini. Kita ada daya tolakan yang kuat dalam diri kita untuk mengubah diri kita dan orang-di sekeliling kita ke arah yang lebih baik.

Jadi saya amat tidak setuju jika consultant terlalu komplen ataupun bersungut tentang leader mereka. Mereka ini harus sedar bahawa leader mereka bukanlah orang yang “perfect”. Dia pun ada masalah sendiri. kadang-kadang apa yang dibuat itu tidak memuaskan hati kita. Kadang-kadang dia tidak seperti yang kita harapkan. Dia juga tidak seperti leader lain yang pada kita lebih hebat.

Percayalah, segalanya datang dari dalam diri kita sendiri sebagai consultant. Sehebat mana pun leader kita, jika kita yang tak bergerak, kita tidak akan kemana-mana. Kerana kejayaan kita 90% datang dari diri kita sendiri. Saya sendiri, jika berharap kepada leader tidak akan sampai ke tahap ini. Begitu juga rakan bisnes sekarang dan bekas rakan bisnes yang sudah berjaya. Jika mereka berharap kepada saya, saya rasa mereka tidak akan sampai ke tahap di mana mereka sekarang.

Saya ada membaca sebuah buku (tajuk saya sudah lupa), kata buku tersebut, jika kita selalu menyalahkan keadaan sekeliling kita sebagai sebab kita tidak berjaya, maknanya kita tidak kenal diri kita lagi sebenarnya.

Namun begitu, untuk seronok buat bisnes, untuk keharmonian group kita, jika hubungan leader dan rakan bisnes yang lain akrab dan saling bantu membantu, insyaAllah group kita akan bertambah maju. Dan suasana kerja mesti akan menjadi seronok.

Jadi duhai unit trust dan takaful consultant, bangkit lah! Berhenti dari mengkritik. Jangan terlalu mengharap leader. Kita adalah kita. Bisnes ini adalah bisnes kita. Majulah! Mulakan langkah dengan perancangan yang rapi, perlaksanaan yang jitu, dan pengharapan dan doa kepada yang maha berkuasa. Ingat, sehebat mana pun perancangan kita, hebat lagi perancangan Dia. Jagalah hubungan kita denganNya.

Setiap orang adalah leader, sekurang-kurangnya kepada diri mereka sendiri. Hadith Rasulullah:

“Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya.”

Wallahua’lam.

9,264 total views, 0 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply