4
87

Cara Mudah Untuk Buka dan Aktifkan i-Akaun KWSP

Untuk menolong klien melaburkan duit simpanan KWSP akaun 1 mereka, Unit Trust Consultant (UTC) memerlukan klien menandatangani dan menurunkan cop jari mereka di atas borang-borang yang dikhaskan.

Di dalam borang-borang tersebut ada maklumat-maklumat penting tentang pencarum yang perlu diisi. Salah satunya adalah amaun terkini yang boleh dilaburkan ke skim pelaburan unit trust. Amaun yang boleh dilaburkan adalah dari akaun 1 sahaja.

Ada 2 pilihan untuk anda sebagai klien memeriksa akaun 1 KWSP anda:

  1. Anda perlu pergi sendiri ke pejabat KWSP ataupun ke kiosk-kiosk KWSP yang disediakan di premis lain untuk mencetak penyata terkini akaun simpanan KWSP anda.
  2. Anda sebagai pencarum KWSP boleh menggunakan cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa untuk memeriksa amaun akaun 1 KWSP dengan membuka dan aktifkan i-Akaun KWSP anda secara online

Perkara nombor 1 tu adalah cara biasa dan cara lama. Ia lebih lambat dan memerlukan masa untuk klien pergi sendiri ke premis KWSP ataupun premis pihak ketiga yang menyediakan kiosk bijak KWSP. So yang ni aku tak perlu sertakan cara-caranya.

Yang aku nak terangkan di sini adalah cara kedua iaitu cara mudah untuk buka dan aktifkan i-Akaun KWSP. Dengan adanya i-akaun ini, klien ataupun pencarum KWSP tak perlu lagi untuk pergi sendiri ke premis KWSP atau kiosk yang mana ianya agak melecehkan mereka.

Ya.. Agak leceh untuk pergi sendiri untuk mengambil penyata KWSP di premis KWSP dan kiosk untuk tujuan mengetahui amaun akaun 1 KWSP yang layak untuk pelaburan unit trust. Klien memang kena pergi sendiri. Orang lain tak boleh tolong ambil penyata ini. Sebabnya mesin kiosk dan kaunter KWSP memerlukan kad pengenalan biometrik dan juga cop jari pencarum untuk memeriksa dan mencetak amaun KWSP.

Untuk membuka i-akaun, pencarum perlukan pin permulaan untuk didaftarkan di dalam laman sesawang KWSP. Selepas pendaftaran itu, barulah pencarum boleh mengakses akaun KWSPnya secara online.

laman sesawang KWSP

Di bawah adalah cara mudah untuk buka dan aktifkan i-akaun KWSP anda:

  1. Call KWSP di talian 03-8922 6000
  2. Maklumkan yang anda nak aktifkan i-Akaun (akaun online), sekiranya belum ada account. Sekiranya dah ada akaun tapi terlupa password, boleh maklumkan juga.
  3. Selepas itu sistem akan hantar SMS TAC kepada nombor telefon yang anda daftarkan dengan sistem KWSP.
  4. Kemudian anda perlu log in ke www.kwsp.gov.my
  5. Klik log in ke i-Account yang terletak di atas sebelah kanan. Klik pada AHLI.
  6. Lepas tu pilih Pengaktifan i=Account (Log in Kali Pertama)
  7. Ikuti arahan sehingga tamat.
  8. Selesai

Anda telah pun ada akaun online yang membolehkan anda memeriksa akaun KWSP anda untuk pelbagai tujuan tanpa perlu pergi sendiri ke premis KWSP ataupun kiosk premis pihak ktiga.

Haaa ok tak cara mudah untuk buka dan aktifkan i-akaun KWSP ni. Mudah jer kan? Jom buat sekarang…!

1,087 total views, 2 views today

Show Comments

6 Comments

  1. sensasi2020 21 July, 2017
    • sohoque 21 July, 2017
  2. azstory311 21 July, 2017
    • sohoque 28 July, 2017

Leave a Reply