2

Buat Duit Dengan Blog

Ramai bloggers yang dah membuka mata. Jika dulu mereka hanya menulis blog sekadar suka-suka sahaja, tapi sekarang mereka sudah nampak jalan rezeki yang terbentang luas di depan mata. Mereka sudah sedar yang mereka boleh buat duit dengan blog.

Ini adalah kesan daripada satu seminar yang dianjurkan oleh Denaihati sedikit masa dahulu iaitu Seminar Buat Duit dengan Blog (SBDdB13). Seminar tersebut berjaya menghimpunkan blogger-blogger otai seperti Nisa_kay, Titan, Suhaimi dan Tekong.

Di sinilah celiknya mata blogger-blogger yang masih mentah di dalam dunia blogging seperti aku ini. Perkongsian yang paling mendapat perhatian adalah daripada Encik Titan. Otai program affiliate ini telah mendedahkan teknik-teknik bagaimana beliau telah berjaya dalam bidang ini. Salah satu teknik yang digunakan adalah buat duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

buat duit dengan blog - kitab teknik seo merah jambu.png

buat duit dengan blog – kitab teknik seo merah jambu

Di dalam SBDdB13 ini barulah aku tau bahawa banyak cara untuk buat duit dengan blog ini. Antaranya:

  • Pengiklanan
  • Affiliate
  • Post berbayar (sponsored post)
  • Review produk
  • Dan lain-lain
buat duit dengan blog - affiliate equrban.png

buat duit dengan blog – affiliate equrban

Selain itu blogger juga boleh menggunakan platform blogging ini untuk mengajak pembaca mendaftar untuk seminar-seminar perniagaan mereka dan juga sebagai financial consultant. Contohnya apa yang telah dibuat oleh bloggers Abang Ensem (AE) dan Sohoque.

Selain daripada mendidik pembaca dengan ilmu perniagaan hartanah, AE juga menjadikan blognya sebagai rangkaian untuk menarik pembaca menghadiri seminar anjurannya.

buat duit dengan blog - seminar sembang hartanah abang ensem.png

buat duit dengan blog – seminar sembang hartanah abang ensem

Begitu juga dengan Sohoque, seorang financial consultant yang pakar dalam Unit Trust dan Takaful. Ilmu perancangan kewangan disalurkan kepada orang ramai yang singgah membaca blognya.

Ilmu perancangan kewangan ini agak serius genrenya. Kadang-kadang ia melibatkan nombor untuk pengiraan nilai masa depan, inflasi dan sebagainya. Ia juga memerlukan pembaca menyelami dan menyedari tentang peri pentingnya mereka mempunyai perancangan kewangan sendiri. Ia melibatkan kebolehan seseorang “melihat” masa depannya dan keluarganya di masa akan datang sehinggakan hatinya terdetik untuk membuat perancangan kewangan masa kini. Perancangan kewangan yang dimaksudkan termasuklah perancangan pendidikan anak, perancangan persaraan, perancangan menunaikan haji, perancangan melancong ke luar negara, perancangan pemilikan rumah kediaman dan sebagainya.

Dengan blog juga Sohoque berjaya menarik ramai pembaca blognya mendaftar sebagai financial consultant di bawah naungan Synergy Khalifs Advisor, sebuah agensi unit trust dan takaful pimpinannya.

Mereka ini akan dididik melalui sistem agensi yang dirancang rapi dengan perancangan, hala tuju, aktiviti perniagaan dan pemantauan. Ini akan menjadikan financial consultant yang baru mendaftar cepat menyesuaikan diri dalam bidang perancangan kewangan ini dan terus mengorak langkah kejayaan tanpa menoleh kebelakang.

Apa yang dibuat oleh AE dan sohoque ini juga termasuk di dalam kategori buat duit dengan blog.

Jadi kepada pembaca di luar sana yang berminat dengan penulisan dan minat dengan blog, anda boleh lah mendaftar domain anda sekarang. Jika ilmu kosong di dada, anda tidak perlu risau. Jika dulu saya hanya belajar dengan “Pakcik Google” kini sudah ada pakar untuk memberi ilmu dan menunjuk ajar. Anda boleh mendaftar kelas belajar buat blog anjuran akademi Denaihati.

buat duit dengan blog - seminar wordpress denaihati.png

buat duit dengan blog – seminar wordpress anjuran akademi denaihati

Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas. Hanya bergantung kepada kita sahaja untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Buat duit dengan blog adalah salah satu punca rezeki.

13,111 total views, 1 views today

Show Comments

8 Comments

  1. Denaihati 21 August, 2013
  2. Anuar 22 August, 2013
  3. Bidadari.my 27 August, 2013
  4. syukur 22 September, 2014
    • Ishak Ismail 23 September, 2014

Leave a Reply