55

Boleh Tau Tentang UTC…?

perunding unit amanah

Unit Trust adalah salah satu alat perancangan kewangan yang terbukti keberkesanannya

Saya baru sahaja menerima mesej whatsapp bertanyakan tentang Unit Trust Consultant (UTC).

Boleh saya tahu pasal UTC?

Pendek soalannya dan terlalu general.

Saya balas mesejnya dengan mengatakan bahawa hari ini saya agak sibuk. Banyak temujanji dengan clients terpaksa saya buat.

Saya minta izin untuk saya telefon dan terangkan apa yang beliau ingin tahu. Namun beliau keberatan kerana menurutnya beliau sedang berkerja dan di tempat kerjanya tidak dibenarkan penggunaan telefon bimbit.

Bukan apa.. Kalau saya boleh telefon dan berbual dengan beliau lagi bagus. Boleh saya tahu terus apa yang dia sebenarnya nak tahu.

Beliau minta saya emel kepada beliau untuk penerangan ringkas tentang Apa Itu UTC..

Jadi saya terfikir daripada saya titipkan emel secara terus kepada beliau lebih baik saya hasikan penerangan ringkas di dalam bentuk artikel di blog ini. Lagipun sudah lama blog ini tidak dikemaskini.

Apa itu UTC?

UTC ialah Unit Trust Consultant. Ataupun juga dikenali sebagai Perunding Unit Amanah. UTC ini adalah individu yang mempunyai lesen untuk memberi khidmat nasihat dan mencadangkan produk-produk kewangan berasaskan Unit Trust kepada orang ramai.

Untuk itu UTC mesti lulus dalam peperiksaan anjuran FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia). Syarat-syarat untuk membolehkan menduduki peperiksaan boleh cek di artikel aku yang bertajuk Syarat mudah untuk menjadi Unit Trust Consultant.

UTC ialah kerja profesional. Sebab itulah consultant dikehendaki menduduki peperiksaan dan diberi lesen apabila lulus.

Kelebihan Menjadi Unit Trust Consultant

Aku pernah jelaskan tentang kelebihan ini di artikel-artikel yang lalu. Antaranya artikel Kenapa Tidak Mahu Menjadi UTC (part 1). Sila baca sambungannya juga iaitu Kenapa Tidak Mah Menjadi Unit Trust Consultant (Part 2)

Apa yang boleh say rumuskan tentang kelebihan ini mengikut pandangan saya ialah:

Ilmu

Dengan menjadi UTC, kita akan dilengkapi dengan pelbagai ilmu kewangan. Ini bertujuan untuk kita melengkapkan diri untuk berhadapan dengan orang ramai ataupun bakal klien kita.

Oleh kerana kerjaya UTC adalah kerjaya yang profesional, UTC diwajibkan mengikuti beberapa kursus yang wajib pada setiap tahun untuk menyalurkan ilmu kewangan yang terkini di samping untuk memberi info terkini tentang industri.

Dengan ilmu ini kita bukan sahaja dapat merancang kewangan kita dengan baik malah kita dapat mengajak orang ramai untuk turut serta merancang kewangan mereka.

Yang lebih puas hati lagi kita dapat menyelamatkan dan memberi pendidikan tentang ilmu kewangan Islam yang bebas daripada unsur riba, judi dan ketidak tentuan kepada mereka.

usaha kita mendidik masyarakat akan dignjari selamanya

usaha kita mendidik masyarakat akan dignjari selamanya

Usaha ini juga adalah salah satu bentuk dakwah iaitu dakwah dalam sistem kewangan.

Hidup sentiasa positif

Menjadi UTC, kita akan berkawan dengan ramai UTC lain yang sudah berjaya di dalam karier UTC. Ada yang sudah mempunyai pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.

Satu persamaan di antara mereka ialah mereka ini sangat positif dalam hidup. Mereka tidak pernah berkata tidak sebelum melakukannya.

Tabiat, sikap, cara hidup yang positif ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi kita untuk berjaya seperti mereka. Dan sikap ini juga akan membawa banyak kebaikan di dalam hidup kita.

Di sinilah saya kenal apa itu ilmu Law Of Attraction yang menjadi amalan kebanyakan UTC yang positif ini.

Masa kerja yang sangat fleksibel

Saya jarang mengharungi jem walaupun saya tinggal di KL. Kecuali saya terpaksa menghadiri kursus ataupun saya terpaksa berjumpa untuk sesi breakfast appoinment. Selain daripada masa itu saya tidak akan keluar jauh daripada rumah di waktu pagi di kala keadaan jalan masih sesak.

waktu kerja yang sangat fleksibel

waktu kerja yang sangat fleksibel

Saya akan menikmati sarapan di kedai kopi ataupun kedai mamak yang berhampiran dengan sekolah anak saya. Ini adalah kerana saya bertugas menghantar anak ke sekolah pada setiap pagi. Oh ya, ada la jugak sedikit jem di antara rumah saya ke sekolah anak saya. Tetapi sekejap sahaja dan tidak ketara.

Sewaktu sarapan saya akan review akaun klien saya. Yang mana saya masih belum whatsapp, sms ataupun emel tentang status pelaburan mereka, saya akan berbuat demikian. Jika ada masa saya akan kemaskini blog-blog saya.

Pukul 10 am barulah saya akan bergerak ke mana-mana yang telah saya rancang seperti berjumpa klien, ke pejabat untuk menghantar borang pelaburan klien dan lain-lain.

Kadang-kadang di waktu siang saya agak tidak sibuk. Ini adalah kerana klien memilih untuk berjumpa di malam hari. Jadi malam harilah saya berkerja. Ini bukanlah selalu. Dalam seminggu adalah satu atau dua hari klien saya ajak berjumpa malam.

Waktu cuti saya tiada masalah. Jika isteri ajak kemana-mana balik kampung ke, pergi melancong ke, memanh tidak menjadi masalah. Saya sendiri saja yang men”cuti”kan diri saya.

Cuma pinta saya kepada isteri supaya merancang awal kerana dibimbangi waktu yang diajak bercuti itu saya sudah menetapkan temujanji dengan klien.

Tidak buat kerja sama di setiap hari

Saya memang jenis yang tak suka buat kerja rutin yang sama pada setiap hari. Contohnya sewaktu saya berkerja dengan sebuah bank tempatan dahuu. Memang saya agak bosan kerana setiap hari saya buat kerja yang sama.

Menjadi UTC ini sangat sesuai dengan jiwa saya kerana kerja saya pelbagai. Ada kerja pengurusan, ada kerja jualan dan pemasaran, kadang-kadang membuat kerja despatch, kadang-kadang menjadi bos dan bermacam-macam lagi.

Memang penuh warna warni kerja UTC ini.

Pelancongan Luar Negara

Setiap athun akan diadakan trip melancong ke luar negara kepada yang layak. Pada setiap awal tahun syarikat UTC akan memberitahu lokasi pelancongan dan sasaran jualan yang perlu dicapai untuk melayakkan diri.

trip 5 bintang ke luar negara

trip 5 bintang ke luar negara

Lokasi pelancongan ada 3 level mengikut tahap sasaran jualan. Saya pernah beberapa kali berjaya mengikuti trip ini. Sungguh best. Seronok. Memang pelancongan 5 bintang. Bermula daripada hotel, tempat-tempat dilawati dan bermacam lagi.

Pendek kata jika pergi sendiri memang tak pergi la dengan kos yang terpaksa dikeluarkan.

Pendapatan yang tiada had

Anda nak dapat duit banyak anda kerja kuat dan smart. Gaji anda akan dibayar mengikut apa yang anda sumbangkan. Pada pandangan saya ianya lebih menarik, mencabar dan adil bagi saya.

Kawan UTC saya pernah buat jualan (sales) bernilai RM1 Juta setiap bulan. Pendapatannya tidak kurang daripada RM30,000 sebulan. Beliau memang kerja kuat. Kadang-kadang sampai pukul 1 pagi jumpa klien. Tapi sangat berbaloi dengan usahanya itu.

Bab pendapatan ini ini panjang untuk saya ceritakan. Nanti saya akan ceritakan di dalam satu artikel khas untuk pendapatan tanpa had ini.

Kat sini cukuplah saya katakan bahawa sekurang-kurangnya ada 3 paip pendapatan sentiasa mengalir masuk ke dalam akaun bank kita di setiap bulan untuk UTC baru. Untuk yang sudah lama berkecimpung mereka berkemungkinan membina 7-8 paip pendapatan. Sebab itulah pendapatan boleh mencecah ribuan ringgit sebulan.

Salah satunya ialah pendapatan yang dipanggil Career Benefit. Pendapatan ini kita akan tetap dapat walaupun kita tidak berkerja pada bulan-bulan berkenaan. Ianya seperti duit pencen, tetapi kita masih berkerja.

Akan saya terangkan kemudian tentang pendapatan pasif ini.

Ok. Dah panjang saya terangkan. Kalau tak faham nanti boleh tanya kat ruangan komen di bawah.

Kesimpulannya, kerja UTC ini adalah kerja yang paling best setakat ini yang pernah saya buat. Memang best!Tiada tekanan daripada syarikat. Tiada tekanan daripada bos.

Oh ya. Kerja UTC ini juga boleh diceburi secara parttime. Cuma untuk orang separuh masa, mereka kena rancang karier dengan sebetulnya. Buat target atau sasaran sebaiknya. Kemudian rangka pelan yang sesuai mengikut kemampuan untuk mencapai sasaran.

Kepada yang ada kelayakan, memang rugilah tak sertai kerjaya ini. Serius…!

Oh ya. Kepada yang berminat silalah hubungi saya ya. Nombor untuk dihubungi ada di ruangan contact.

24,499 total views, 0 views today

Show Comments

2 Comments

  1. syukur 22 September, 2014
    • Ishak Ismail 23 September, 2014

Leave a Reply