2

BIMB Ringankan Beban Mangsa Banjir

banjir di kelantan

Bantuan yang dibawa kepada mangsa banjir

Sungguh besar kesan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa bantuan-bantuan yang berbondong-bondong sampai yang disumbangkan oleh orang ramai boleh meringankan sedikit beban yang mereka galas.

Namun kerosakan yang telah terjadi akibat bencana alam ini amat besar. Ada yang tiada rumah akibat dihanyutkan air deras. Bagaimanalah agaknya mereka ni nak menghadapi hidup ini. Bukan murah kos untuk membina semula rumah yang ranap tersebut.

kesan mangsa banjir

Hilang! Rumah ini hanyut dibawa arus deras banjir

Namun jika ujian yang berlaku kita sandarkan kepada Allah, nescaya kita akan lebih redha dan sabar. InsyaAllah Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang ikhlas dan sabar. Bencana alam ini hanyalah ujianNya untuk menguji dan menghapus dosa hamba-hambaNya.

Oh ya bercakap tentang ringankan beban ni, tadi saya terbaca berita daripada BERNAMA dan sohoque.com tentang kelonggaran yang diberi oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kepada mangsa-mangsa bencana alam ini.

berita terkini bimb bantu mangsa banjir

Sungguh bagus inisiatif yang diambil oleh BIMB ini

Kelonggaran tersebut adalah mereka yang ditimpa bencana banjir, tidak perlu membayar ansuran bulanan untuk pinjaman yang dibuat dengan BIMB. Kelonggaran diberi sehingga 6 bulan.

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya lega sedikit beban mangsa-mangsa banjir. Duit yang sepatutnya dibayar sebagai bayaran semula pinjaman tersebut bolehlah digunakan untuk membeli perbelanjaan sekolah anak-anak dan keperluan asas yang lain.

Alangkah bagusnya jika semua bank di Malaysia mengambil inisiatif meringankan beban pelanggan seperti BIMB ini. Pasni tindakan sebegini akan menaikkan lagi imej bank di mata pelanggan.

Info lanjut tentang kelonggaran bencana alam ini boleh anda baca di sini.

12,379 total views, 2 views today

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply